Wednesday, October 29, 2025

Roti Jala Kari Ayam

Salam..buat roti jala ni sebab nak balas mangkuk tingkat jiran sebelah bagi nasi beriani sempena Deepavali...
Jenuh fikir nak buat apa...pernah teringat arwah isterinya (Indonesia Muslim) pernah buat roti jala untuk kenduri...
Mungkin diorg boleh terima kot menu tu...

1st siapkan adunan roti jala...Resepi Che Nom 
 

  • 1 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3½ cawan santan cair (Saya guna susu cair 1 cawan + 2 1/2 cawan air) 
  • 3 sudu besar penuh majerin atau ¼ cawan majerin cair (saya guna minyak masak jer)
  • 1 sudu kecil garam
  • ¾ sudu kecil serbuk kunyit (saya guna cecair pewarna kuning)
  • Masukkan semua cecair + sebahagian tepung ke dalam blender. Blend  sampai sebati...lepas tu masukkan sebahagian lagi tepung blend sampai halus. Tujuan saya buat begini supaya 1st blend tu x terlalu padat. 


Rest adunan dalam setengah jam..wajib bagi dia rest supaya tepung kembang... lepas blend tu mmg cair..tapi after rest dia akan pekat...


Nak bagi dia smooth cantik kena buat try and error...dekat sepuluh kali juga baru menjadi cantik kirai jala tu...


Ada panjang pendek....panas nak menggulung...


Api kena sederhana kalo terlalu garing susah nak menggulung.


Kari ayam, mak mertua saya ajar nak bagi kari pekat...bawang putih , bawang merah and halia kena blend...tumis dengan minyak masukkan rempah kari...rempah kari tu kena betul2 masak keluar minyak baru masukkan ayam...

Kari ayam saya buat ni ada letak kerisik and santan..

Waktu saya umur 13 or 14 tahun, mak saya memang ambil tempahan kuih..

Roti jala dia ambil juga tempahan sekali dengan kari ayam.

Part Roti Jala tu memang dia bagi 100% dekat saya buat, kari ayam sahaja dia buat...

Kenangan dulu2...









 

6 comments:

  1. Selamat menjala
    Nampak cantik kejadiannya.
    Kalau ada kaki ayam kat kari paling jadi pilihan.

    ReplyDelete
  2. Mesti seronok jiran terima roti jala dan kari ayam ni 😋

    ReplyDelete
  3. sedapnya fav pia ni..time dia sekolah rendah dulu rajin juga saya buat,masak 1 makan,roti jala tak sempat nak penuh pinggan..kenangan juga

    ReplyDelete
  4. sedapnya roti jala..lama x menjala dan lama gak x makan...

    ReplyDelete
  5. pandainya u buat roti jala! fav my boys ni

    ReplyDelete