Monday, June 8, 2026

Crispy Potatoes

Salam. Saya pernah post buat Kentang Sagat tapi kentang tu x berapa rangup. Saya suka scroll IG, scroll IG bukan sebab nak ikut trend ker apa, media social ni kadang semak kita log out. Sometimes ada banyak tips dan nasihat yg boleh kita ikut. IG pada saya kurang semak, sebab ada video dengan gambar yg jelas. Caption x yah baca pun x per. So bila scroll keluar tips (video) nak rangupkan kentang, rasanya bukan video orang Malaysia.

Dalam video tu potong kentang nipis, saya sagat jer..konsisten tebal kentang. Cuci bersih. Sambil tu masak air sampai mendidih. Bila air dah mendidih masukkan kentang jangan lama. 2-3 minit sahaja. Macam celur sayur tu. Keluarkan masukkan dlm air ais. Saya x masukkan dlm air ais pun, saya masukkan dalam penapis sambil alirkan air paip atas kentang. Toskan sampai kering.



Goreng dengan api yang kuat sedikit sampai garing


Garing mcm ni, Ifwat kata sama la mummy mcm beli kerepek kentang jenama lotus. 
Tapi warna kentang tu berbeza.

Cuma mummy dia malas taburkan garam.
Niat dihati nak buat kerepek kentang pedas
Daddy dia balik kerja habis dikunyahnya...
Tggl sikit jer lagi.
Huhuhu...



4 June 2026 Birthday Uzma


Salam...4 June 2026 genap 4 tahun Uzma. 
Dia punya la happy, sepanjang hari senyum,
nak kek kuromi...
Mummy dia malas dah nk beli kek custom, sebab bila order ada jer yg kurang...
bukan pandai pun buat kek, 
tapi satisfaction tu tetap kena ada bila kita order.

Kek ni mummy dia beli dekat kedai kek,
Kedai kek yg kena dengan tekak,
Kuromi, balloon dan hiasan lain tu beli dekat kedai jual bahan kek.
Aci dak....

Tapi dia happy,
Senyum sampai telinga
Gambar birthday girl tidak ada
Ntah la mummy dia lupa nak ambik gambaq.