- 6 biji telur (saya pakai gred C)
- 1 sudu besar ovalate
- 3 sudu besar susu pekat
- 1 cawan gula(160g-170g) - saya letak 3/4 cawan (tu pun manis)
- 1/4 cawan susu segar(50g)
- 150 g butter cair (3/4 cawan butter cair/minyak sayur)
- 1 sudu kecil esen vanila
- Ayakkan: 200g/2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (saya guna tepung naik sendiri)
Cara Memasak
- 1
Campurkan semua bahan kecuali butter. Mix kan dengan slow speed untuk 2-3 saat. Kemudian naikkan kepada high speed sehingga menjadi gebu (7-10 minit).
- 2
Bila adunan dah gebu masukkan butter yang telah dicairkan. Gaulkan sehingga sebati secara kaup balik
- 3
Bahagikan adunan anda kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka. (saya letak warna merah + perisa strawberry dan warna hijau)
- 4
Sendukan adunan kedalam loyang yang telah digriskan dengan minyak. Selang selikan warna sehingga habis adunan. Akhir sekali corakkan permukaan atas kek ikut kreativiti anda
5 Bakar kek marble pada suhu 150-160c sehingga 50 minit ke 1 jam
- 6 Tips untuk dapatkan permukaan kek marble jelita yang cantik,untuk oven besar letakkan kek pada lapisan yang paling bawah klau oven anda kecik, selepas bakar 30 minit cover permukaan kek dengan aluminium foil takut gelap dekat atas kek (part ni mmg kena jaga betul2)
(*-*)twing...twing... :-) Saya mengutarakan apa yang saya lihat, saya nak tahu dan saya rasa menarik untuk di kongsi...sekiranya terdapat kekhilafan daripada saya mohon maaf saya pinta dan tolong betulkan k..saranan yang membina amat saya alu-alukan...
Monday, February 24, 2025
Kek Marble Jelita 1st trial
1st time buat kek marble jelita ni...tu nampak x senonoh main hentam jer letak dalam loyang...naik membukit...tapikan kek ni x renyah..x manja...letak jer semua sekali dalam mixer kecuali butter cair, mix sampai kembang...baru masuk butter cair...gaul kaup balik...susun2 dalam loyang..bakar siap...
keratan rentas kek...kek lembut...wangi (mungkin sebab saya letak perisa strawberry) macam bau ice cream anak kata...
**anak kata birthday dia buat kek ni pun x per...ok no problem jimat duit mummy nak tempah kek..raya ni pun boleh buat menu jamu orang ni...sebab senang..
sebelum ni selalu buat kek old school...marble jugak..tu resepi bonda...tapi kena ikut step...
Sumber resepi: https://cookpad.com/my/recipes/12889167-kek-marble-jelita (ada adjust sikit ikut kesesuaian barang dekat dapur)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kek Marble Jelita 1st trial
1st time buat kek marble jelita ni...tu nampak x senonoh main hentam jer letak dalam loyang...naik membukit...tapikan kek ni x renyah..x man...

-
Yis Kering Saya selalu ada masalah nak simpam yis kering dah buka, mesti guna habis...kalo x yis ni rosak...tapi if nak guna si...
-
X der kan kata ganti nama "orang" Today jumpa young couple ni...bila bercakap yang perempuan bahasakan diri dia 'orang' ...
-
Ayam bakar mudah ****Sorry la gambar gelap, maklumla snap pakai phone, but rasanya marvellous... Bahan-bahan:- 5-6 ketul ayam (se...
Pandai Sueann buat kek. Bila anak suka, happy rasa, kan.
ReplyDeleteBila ada R sahaja...kalo M sampai...apa pun x leh...yang penting anak approve...
Deletesedapnya kek ni! my fav!! cuma i failed bab2 baking, so bila teringin, memang kena beli/order ajer laaaa
ReplyDeleteSenang jer nak buat MZ...kalo banyak step i pun surrender...
DeleteLahhh, sambil baring2 pun boleh buat ni Sue, lebur jer semua ek, dah siap cantik pulak tu, sedap lagi. Nanti kalau nak buat kek birthday, tambah fresh cream aje dah jadi kek besday.
ReplyDeletesenang kan...nnt cuba k...butter cair tu tambah kemudian yer kak...
Deletenampk elok kejadiannya.. sedapnya buat minum petang dengan secawan kopi o panas...
ReplyDeletepagi petang pun boleh
Delete