Shared from Akhi Fairuz Al-Jengkawi
1. Perkara pertama yang kita kena tahu adalah ketagihan pornografi itu lebih teruk daripada ketagihan dadah! Hasil kajian MRI mendapati otak individu yang ketagih porn 100 kali ganda lebih rosak berbanding ketagih dadah kokain!
2. Bahagian yang paling banyak rosak adalah bahagian depan otak (belakang dahi), juga lebih dikenali sebagai pre frontal cortex (PFC). Bahagian ini Allah jadikan ia untuk kita memahami, logik, fokus, merancang sesuatu, membezakan baik buruk, penerapan nilai-nilai dalam hidup serta kritis dalam membuat pilihan.
3. Tapi bila mula menonton adegan lucah, baik soft pornography (cium-cium, seksi-seksi di social media, anime yang ada unsur berkenaan dll), maka otak akan merembeskan hormon dopamine dan menyalurkan ia ke bahagian PFC. Lebih parah apabila hormon ini akan keluar tanpa kawalan dan berganda-ganda dari biasa. Sebab itu mana-mana individu yang dah mula terdedah dengan soft pornography, maka otaknya akan memicu untuk mencari kepuasan yang lebih lagi hingga beralih kepada hardcore pornography!
(Nota : Hormon dopamine penting untuk manusia. Ia akan dirembeskan bila kita buat aktiviti yang menyeronokkan; main bola, memancing, makan, tidur, melepak, sembang dengan kawan, layan movie dll)
4. Bila dah biasa tengok porn hubungan seksual yang biasa, si penagih itu akan berkeinginan untuk akses genre lucah yang lain pula. Akhirnya dia akan cuba tonton incest porno (sesama adik beradik), BDSM (ganas), gangbang (beramai-ramai), gay porn, lesbian porn bahkan paling parah berakhir dengan child pornography! - yang ni seram saya ada experienced budak 3 tahun duduk sebelah saya tengok apps porno dalam telefon ayah dia..dengan sound yang kuat..dalam office..Ya Allah time tu tuhan saya yang tahu perasaan ni...saya suruh tutup dia buat x tahu...kita x nak situation worse...bagi ear phone...itu pun x jalan...melayu kita...kawan2 office india...Ma Sya Allah..tu seram nak bagi anak2 telefon..tambah lagi yang besar..sebab diorang pandai akses sendiri...
5. Malaysia adalah negara nombor 1 di Asia Tenggara paling ramai mengakses Child Pornography!
6. Bila dopamine dah banyak sangat keluar dalam otak disebabkan pornografi, lama kelamaan ia jadi tak terkawal. Macam dalam kes ni, dah ada behavior yang pelik-pelik dah berlaku kepada pelajar lelaki berkenaan. Akhirnya mula ketagih dengan melancap, mula terfikir nak rogol adik sendiri, mula cari mangsa dalam kalangan kanak-kanak, mula pergi surau waktu subuh untuk cabul budak!
7. Sebarang perilaku seksual yang tak masuk akal yang berlaku dalam negara kita ni kebanyakkannya bermula dari ketagihan pornografi hingga membawa kepada jenayah seksual terhadap kanak-kanak terutamanya! Juga ada yang bermula dari jadi mangsa masa zaman kanak-kanak atau remaja hingga menjadikannya seorang pemangsa kini!
8. Sebab itu tolong ubah mindset! Memang tengok porn tu aib peribadi, tapi bila kesannya boleh membawa kepada hal yang lebih teruk. - Sentiasa kita perpesan dan sentiasa jaga keluarga kita 💕
Tetiba jer keluar cerita ni dekat TV3
Ya Allah, takut dan risau.
ReplyDeleteBahaya betul handphone ni. Semoga anak-anak kita terhindar dari bahaya ni semua.
ReplyDelete