Thursday, February 27, 2025

Ramadhan Kareem 1446H

Ramadhan Kareem untuk semua...semoga ibadah kita di bulan ini diterima..




 

Dunia semasa yang patut kita sangat2 berhati-hati dan ambil tahu - نعوذ بالله من ذلك



Shared from Akhi Fairuz Al-Jengkawi 

 1. Perkara pertama yang kita kena tahu adalah ketagihan pornografi itu lebih teruk daripada ketagihan dadah! Hasil kajian MRI mendapati otak individu yang ketagih porn 100 kali ganda lebih rosak berbanding ketagih dadah kokain!
2. Bahagian yang paling banyak rosak adalah bahagian depan otak (belakang dahi), juga lebih dikenali sebagai pre frontal cortex (PFC). Bahagian ini Allah jadikan ia untuk kita memahami, logik, fokus, merancang sesuatu, membezakan baik buruk, penerapan nilai-nilai dalam hidup serta kritis dalam membuat pilihan.
3. Tapi bila mula menonton adegan lucah, baik soft pornography (cium-cium, seksi-seksi di social media, anime yang ada unsur berkenaan dll), maka otak akan merembeskan hormon dopamine dan menyalurkan ia ke bahagian PFC. Lebih parah apabila hormon ini akan keluar tanpa kawalan dan berganda-ganda dari biasa. Sebab itu mana-mana individu yang dah mula terdedah dengan soft pornography, maka otaknya akan memicu untuk mencari kepuasan yang lebih lagi hingga beralih kepada hardcore pornography!
(Nota : Hormon dopamine penting untuk manusia. Ia akan dirembeskan bila kita buat aktiviti yang menyeronokkan; main bola, memancing, makan, tidur, melepak, sembang dengan kawan, layan movie dll)
4. Bila dah biasa tengok porn hubungan seksual yang biasa, si penagih itu akan berkeinginan untuk akses genre lucah yang lain pula. Akhirnya dia akan cuba tonton incest porno (sesama adik beradik), BDSM (ganas), gangbang (beramai-ramai), gay porn, lesbian porn bahkan paling parah berakhir dengan child pornography! - yang ni seram saya ada experienced budak 3 tahun duduk sebelah saya tengok apps porno dalam telefon ayah dia..dengan sound yang kuat..dalam office..Ya Allah time tu tuhan saya yang tahu perasaan ni...saya suruh tutup dia buat x tahu...kita x nak situation worse...bagi ear phone...itu pun x jalan...melayu kita...kawan2 office india...Ma Sya Allah..tu seram nak bagi anak2 telefon..tambah lagi yang besar..sebab diorang pandai akses sendiri...
5. Malaysia adalah negara nombor 1 di Asia Tenggara paling ramai mengakses Child Pornography!
6. Bila dopamine dah banyak sangat keluar dalam otak disebabkan pornografi, lama kelamaan ia jadi tak terkawal. Macam dalam kes ni, dah ada behavior yang pelik-pelik dah berlaku kepada pelajar lelaki berkenaan. Akhirnya mula ketagih dengan melancap, mula terfikir nak rogol adik sendiri, mula cari mangsa dalam kalangan kanak-kanak, mula pergi surau waktu subuh untuk cabul budak!
7. Sebarang perilaku seksual yang tak masuk akal yang berlaku dalam negara kita ni kebanyakkannya bermula dari ketagihan pornografi hingga membawa kepada jenayah seksual terhadap kanak-kanak terutamanya! Juga ada yang bermula dari jadi mangsa masa zaman kanak-kanak atau remaja hingga menjadikannya seorang pemangsa kini!
8. Sebab itu tolong ubah mindset! Memang tengok porn tu aib peribadi, tapi bila kesannya boleh membawa kepada hal yang lebih teruk. - Sentiasa kita perpesan dan sentiasa jaga keluarga kita 💕

Tetiba jer keluar cerita ni dekat TV3

kalo ikut cerita ni rasanya boleh relate dengan perkara dekat atas tu..




Monday, February 24, 2025

Kek Marble Jelita 1st trial


1st time buat kek marble jelita ni...tu nampak x senonoh main hentam jer letak dalam loyang...naik membukit...tapikan kek ni x renyah..x manja...letak jer semua sekali dalam mixer kecuali butter cair, mix sampai kembang...baru masuk butter cair...gaul kaup balik...susun2 dalam loyang..bakar siap...

keratan rentas kek...kek lembut...wangi (mungkin sebab saya letak perisa strawberry) macam bau ice cream anak kata...

**anak kata birthday dia buat kek ni pun x per...ok no problem jimat duit mummy nak tempah kek..raya ni pun boleh buat menu jamu orang ni...sebab senang..

sebelum ni selalu buat kek old school...marble jugak..tu resepi bonda...tapi kena ikut step...



Sumber resepi: https://cookpad.com/my/recipes/12889167-kek-marble-jelita (ada adjust sikit ikut kesesuaian barang dekat dapur)

  1. 6 biji telur (saya pakai gred C)
  2. 1 sudu besar ovalate
  3. 3 sudu besar susu pekat
  4. 1 cawan gula(160g-170g) - saya letak 3/4 cawan (tu pun manis)
  5. 1/4 cawan susu segar(50g)
  6. 150 g butter cair (3/4 cawan butter cair/minyak sayur)
  7. 1 sudu kecil esen vanila
  8. Ayakkan: 200g/2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (saya guna tepung naik sendiri)
  9. Cara Memasak

    1. 1

      Campurkan semua bahan kecuali butter. Mix kan dengan slow speed untuk 2-3 saat. Kemudian naikkan kepada high speed sehingga menjadi gebu (7-10 minit).

    2. 2

      Bila adunan dah gebu masukkan butter yang telah dicairkan. Gaulkan sehingga sebati secara kaup balik

    3. 3

      Bahagikan adunan anda kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka. (saya letak warna merah + perisa strawberry dan warna hijau)

    4. 4

      Sendukan adunan kedalam loyang yang telah digriskan dengan minyak. Selang selikan warna sehingga habis adunan. Akhir sekali corakkan permukaan atas kek ikut kreativiti anda

    5.   5 Bakar kek marble pada suhu 150-160c sehingga 50 minit ke 1 jam

    6.  6 Tips untuk dapatkan permukaan kek marble jelita yang cantik,untuk oven besar letakkan kek pada lapisan yang paling bawah klau oven anda kecik, selepas bakar 30 minit cover permukaan kek dengan aluminium foil takut gelap dekat atas kek (part ni mmg kena jaga betul2)




Friday, February 21, 2025

DOA untuk anak-anak

 Dapat daripada FB Ustaz Yaakub Yusra






Bini Multifunction




Dalam perjalanan suami hantar bini ke tempat kerja....

Hari ni dapat excuse masuk lambat..

Bini: pampers anak dah habis, dah g beli pampers beli susu sekali- mengharap suami g beli.

Suami: nak hantar anak2 rumah pengasuh ker nak g beli pampers?

Bini: hantar anak dulu, karang jenuh berkejaran dengan mereka and makan modal bak kata kak SK

Bini: Sambil tolak troli capai benda nak beli (pampers, susu etc), call mak tanya nak beli apa? (hari jumaat hari pergi rumah mak mertua selepas bini habis kerja.

Suami: Eh tadi dah transfer duit dekat sekian2 dia kata x cukup...terus tutup telefon.

Bini: dah call mak belum, baru keluarkan telefon balik call mak..

Suami: lepas ambil pesanan ibunya, eh nak cari air la..

Bini: tggu punya tggu terus call mananya saya dah depan kaunter ni...bini pilih barang ambil yang patut dibeli...suami pilih barang dia belek2 dulu walaupun dah beberapa kali beli...

Suami: sampai kaunter dia tolong bayar terus menghilang ke tandas

Bini: tolak troli, asing2 mana yang patut...yang belakang barang kita, depan barang mak...

Suami: drive, ada x gula2 sakit tekak...

Bini; ada tolong suapkan kat suami...

Suami:kena pergi bank, parking penuh...

Bini: ok u turun i drive cari parking

Suami:nak kena pergi bank satu lagi la...

Bini:ok i drive to go there

Suami:tadi i bank in kenapa depan nombor akaun ni x der nombor 00 yer...

Bini:ok i check the balance in that account...ok dah masuk

eh..eh..function x bini...

Wednesday, February 19, 2025

Segalanya yang nampak mudah, perlu U.S.A.H.A

 Mudahnya dimata orang, usahanya perlukan pengorbanan dan izin Allah s.w.t

Selalu kita nampak orang makan sedap2...tahu x dia nak makan sedap tu dia perlu potong elaun makan tengahari dia daripada 10 jadi 5...
Selalu kita nampak orang pakai kereta 2-3 buah satu rumah, ada 2 sebab, sebab pertama penghuni dia ramai..sebab kedua dia berhutang dengan bank nak dapatkan kereta tu bayar bulan2...bukan dapat seketul macam tu jer
Selalu kita nampak asal sakit jer orang tu check in hospital swasta...sebabnya company dia cover...atau dia ada medical card yang dia perlu bayar bulan2...
Jangan hanya memandang sekali terus petik di kepala jawapan mudah...fikir dalam2 supaya sentiasa bersangka baik dengan orang..segalanya dengan izin Allah...




Chili Oil


Snap from kuali..mudah kerja...suka buat chili oil bukan apa...kita mmg suka makan pedas...x der makanan pedas mcm x puas makan...buat sendiri puas hati daripada beli...sorry sebab kalo beli x cukup...ni saya buat tahap pedas x boleh bincang....kalo makan hadap la nganga mulut...lagipun nak puasa mmg suka prepare benda2 yang menaikkan rasa nak makan...kan bulan puasa ada masa x lalu nak makan...

Resepi sendiri cipta:
Cili kerinting pedas 30 - 40 biji
daun salam
Bawang besar 4-5 biji (size sedang)
Bawang putih 2 labu
asam jawa
gula melaka
perasa
garam
minyak 1 cawan

Cili kerinting tu buang biji, basuh, keringkan dalam oven guna suhu rendah sampai air cili kering and bila patahkan bunyi rangup lepas tu blend kering (kalo nak pakai chili flakes pun boleh, tapi saya x suka chili flakes jual dekat kedai banyak nau biji chili...lepas tu bau dia x wangi - bau chili tu x ada)
bawang merah blend kering
bawang putih blend kering
Panaskan minyak , masukkan daun salam...goreng bawang merah merah setengah masak, masukkan bawang putih goreng sampai kering jangan sampai kuning both bawang...masukkan cili kerinting...gaul mesra...tambahkan asam jawa, gula melaka, perasa dan garam..pandai2 la adjust...sejukkan...simpan dlm chiller...nak pakai ambil sikit2 guna sudu bersih...
 

Rutin anak sekolah bermula untuk sesi 2025/2026

 Salam...mula dah rutin sekolah anak2...termasuk mak...marilah kita berlari kesana sini...moga Allah permudahkan...


Alarm ni tujuannya supaya mummy x lupa ambil anak...maklum la kita kerja...Ni rutin untuk sorang anak...kalo yang 2-3 orang tu x tahu la...mungkin akan bertambah lagi rutin tu nnt...


Ni persiapan setiap minggu setiap hari Sabtu (Kedah mula sekolah hari Ahad)...kena iron baju siap2 untuk satu minggu...supaya pagi mummy lebih tenang...



Tuesday, February 18, 2025

Ikan lengat


Sedap kalo goreng makan nasi panas2...ni cara mak kita ajar buat ikan lengat...perap ikan dengan garam kasar (agak2 macam kita letak garam nak goreng ikan) dengan asam keping kurang2 setengah jam...lepas tu kukus...simpan dalam freezer...nak makan goreng dengan cili dan bawang...

Sekarang tengah musim ikan termenung (kecil) murah, 3 kilo RM10.00...

 

My favorite 2 Ketoi


Penghibur di kala suka suka...mana mummy pergi 2 ketoi ni mesti ada...nasib dalam tandas x reti mengekor...kalo x, x der me time langsung untuk mummy..walaupun dalam tandas..huhu

 

Wednesday, February 12, 2025

Coffee


Salam...tahu tak dulu saya x suka minum coffee dengan tea...angin la...pahit la...jangan benci sesuatu nanti tiba2 sayang...saya addicted to coffee lepas bersalin anak no. 2..nak lahir tahun 2022...baru jer...x dapat coffee macam kurang something hari2ku..orang addicted coffee jer faham perasaan ni...nak coffee yang rasa pahit2 tu...baru ngam...kawan childhood ada datang rumah baru ni...dia kata bukan ko x minum coffee ker...baru jer kata dekat dia...

 

Tukar Alamat Mengundi SPR Online

 


Salam...dah lama nak buat benda ni...sebagai rakyat Malaysia saya perlu buat untuk masa depan negara..
Sebelum tukar alamat ni...perkara penting yang kita buat...tukar alamat IC..ni paling utama..

Saya dah tukar alamat tahun 2022 x silap...dah pergi pejabat pos 3X...1st saya pergi system down, 2nd system dah x boleh generate after 5.00 tapi pejabat pos buka lagi...3rd saya datang awal...dalam system tunjuk refer SPR...ok la nak give up dah...

try godek laman web SPR..ada bahagian aduan...buat aduan...suprisingly diorg reponse...kerajaan selalunya payah kan...tapi cepat ok...dia balas kena tukar ic dulu...tapi saya balas balik saya dh tukar ic..lepas reply tu..pegawai SPR sendiri call...saya explain la gitu gini...dia kata pejabat pos dh ada system baru nak tukar alamat tu...mungkin pejabat pos guna yg outdated...tapi dia bagi solution...boleh tukar alamat dalam laman web SPR...saya sangat suka sebab x perlu bersusah payah kesana sini...mmg ada tgk laman web SPR sebelum ni..tapi nak tukar alamat kena g pejabat pos jugak katanya...

Step nak tukar alamat:
1) Tukar Alamat IC
2) Log in dalam laman web SPR..ni pun ada step dia

a) Click pada buat Permohonan Akaun Baharu

b) Isi details...gambar kedua tu jangan lupa selfie...saya p letak ic belakang...lepas tu dapat email rejected...kena isi semula...dah submit dapat email confirmation...mcm biasa dia hantar TAC number ke telefon...
c)Log in semula

Nak tukar alamat click pada Borang A tu...ada sedikit confuse dekat side bar tepi belah kanan...saya igt nak tukar alamat dekat bahagian permohonan tapi dekat status saya...

Saya dah hantar permohonan moga berjalan dengan lancar...x reti delay2 ni..semak kepala..nak igt mcm2...dah tua...

Psst...tahu tak saya dah terlepas 3 kali mengundi...sebab dah tggl di Kedah...alamat mengundi di Perak...ada banyak reason saya x balik mengundi...dan x nak menyusahkan sesiapa...harap kali ni boleh la merasa dakwat hitam tu...








Breakfast pagi ni


Untuk orang kurang sihat breakfast pagi2 dimulakan dengan ubat...nak makan x lalu lagi...Nikmat sihat tu sangat beharga...

 

Monday, February 3, 2025

Gunung Jerai

Sempena tahun melawat Kedah 2025, kita bawa tourist (Family Adik) pergi melawat Gunung Jerai...Sebelum datang hari tu ada dia sebut2 nak pergi Gunung Jerai...sampai sini demam...plan nak ke Gunung Jerai tu mcm x jadi....tapi 1st day Chinese New Year saya and husband cuti...tanya lagi nak g ker...semua jawab setuju nak pergi..tapi husband kata kena gerak pukul 7 pagi...takut orang ramai...bagun pun dekat pkl 7...solat subuh sekarang lewat...alasan...nak pergi pkl 7...x der la...Pkl 8 lebih baru gerak..tu pun ambil highway dari SP ker Gurun...sampai jer naik terus...kitaorg naik kereta adik...Avanza....mencabar jugak la...if nak naik pakai van pun boleh...satu kepala RM10...based on review Tiktok la...kitaorg ada 9 org termasuk budak2...paling kurang 60 or 70 ringgit...Malas nak tanya banyak bawa jer kereta naik atas...1st entrance kena bayar RM5.00...anak2 tanya bila nak sampai ni...ada yang muntah...pening pusing2...saya cakap kita naik gunung bukan bukit...if bukit dah lama sampai...Sampai jer depan signboard selamat datang Gunung Jerai kena bayar lagi yer...satu kepala RM2.00..anak bawah 7 tahun x perlu bayar...Total RM14.00...sampai jer org dah ramai yer...parking limited...


Sebab parking limited kita g tempat lain dulu...

kena turun sikit dekat belah kiri signboard Gunung Jerai ada jalan ke bawah....Jumpa la telaga Tok Sheikh ni...

masing2 basuh muka ngan kaki...air sejuk...lagi sejuk dari Cameron Highland kata anak...Mummy tau la hang dah sampai cameron...
lepas husband gatai g google tempat ni...dia ajak naik atas lagi...dekat dengan Menara telekom...dekat peak mountain dah...jalannya dah la sempit boleh lalu satu kereta jer...mengucap banyak2...doa la jangan ada berselisih dengan kerera lain...tgk org lain yg naik tempat ni mostly bawa motor and jalan kaki...larat diorang hiking dari bawah gunung naik atas...kiorg yg naik kereta pun jenuh berzikir bila nak sampai...

2nd place we visit Padang Tok Sheikh ni...ada menara masjid..ada kata masjid pertama di negeri Kedah dekat atas ni..

nak naik atas ni kena menapak sikit...i ok jer..hari2 naik tangga office...

tgh snap gambar ada pulak org lalu...

X ramai sangat dekat sini...mungkin sebab susah nak naik atau orang x tahu...
daddy ngan budak kecik tu tgh menikmati view...sebenarnya daddy tgh pegang kecik tu kuat2...tepi tu curam sgt2...x ada tebing langsung...dah la budak kecik tu lasak...dekat sini boleh tgk view Kuala Ketil husband kata...the view MashaAllah sgt cantik...ada yg camping atas ni...budak2 muda...

x lama pun dekat sini...saya risau kot bertembung dengan kereta nak turun...jadi moh turun cepat...alhamdulillah bila dah nampak telaga tok sheik...maknanya dah melepasi jalan yang sempit tu...

kena berebut parking pulak...nak g other side Gunung Jerai yg tourist ramai tu...cakap dekat anak2 jom baca doa makan...ada la 3 kali ulang alhamdulillah dapat parking....orang dah sgt ramai waktu ni...jalan pun bertembung...nak g strawberry farm pun MasyaAllah..berlaga bontot...tgk view sikit2...macam2 aktiviti ada dekat atas tu...semua bayar...nak naik train pun kena bayar...kena beli token siap2 dekat token machine...bukan murah...makanan pun boleh tahan harganya..masing2 lapar...minta makan...tgk harga pusing balik...jom la turun cari dekat bawah...setakat waffle calit coklat tu...dekat bawah baru 3-4 ringgit...atas RM10.00...x sempat nak ambil gambar...berkejaran dengan budak kenit tu...

Bila turun tu tgk kereta banyak yang stuck x dapat naik atas lagi...management mcm teruk sikit la...bab parking ni...boleh jer roger org bawah kata parking penuh...tapi selagi ada yang nak naik selagi tu la diaorg collect parking dekat bawah tu bagi naik bawa kenderaan sendiri...kesian yg datang jauh2...bukan senang nak patah balik...jauh kot nak naik atas tu...

Apa2 pun Alhamdulillah misi cuti sekolah dah terlaksana.. x der la budak2 ni bising kata...asyik2 g Tanjung Dawai...mmg syurga mak2 Tanjung Dawai tu yer anak2...nak bagi komer makan...



















Kopi

 


Dah 2 hari lapaq kopi (lapaq tu orag Kedah selalu sebut)...Hari Ahad pergi 7e cari kopi...machine rosak...nak cari tempat lain...malas...semalam pergi lagi 7e...cari kopi...beli latte no sugar...cari nahas...malam x leh tido..pkl 3 pagi baru boleh lelap...hari ni saya bekerja dengan mata yang mengantuk...alahai...