Tuesday, March 4, 2025

Menu Iftar ke-3

Hari2 lemau...macam teruk nau puasa tahun ni...semua malas...panas sama...Kedah suhu cecah 37C...padahal tahun lepas sama jugak...lagi mcm2 dugaan tahun lepas..lepas husband admit hospital anak pulak...tgh renovate rumah lagi..hidup pun mcm melayang-layang...but Allah yang permudahkan semuanya..punya banyak intro nya...nak cerita menu jer...


Murtabak by mak saya..dia mmg teror buat kuih basah ni...resepi dia main campak2 jer...saya kalo buat kuih kena pakai measurement...kalo dulu satu hari beratus2 kuih dia buat...semua kena kerah tolong dia..tido pun tepi kuih..pengalaman...


Kueh tiew goreng...saya masak..


itu jer nak cerita....

Sunday, March 2, 2025

Juadah Awal Ramadhan dan sahur

Salam...Sepatutnya bercerita pasal ibadah bulan mulia ni cerita pasal juadah...apa2 pun moga segala kebaikan kita buat bulan Ramadhan ni diterima..

Hari Sabtu (before Ramadhan) husband kata tak nak makan berat petang dia balik kerja...nak makan benda mudah sahaja...mudah tak mudah..tukang masak kena fikir and prep the meals..teringat ada roti pita husband beli bulan lepas...ada ayam cincang dalam peti ais kita olah la jadi menu petang...


Ayam cincang, carrot, daun cellery, sos tiram, rempah, garam dan perasa..




Makan dengan sauce kewpie ni x payah letak sos cili dah, dah ada rasa pedas


lepas siap menu ni kita masak pulak menu sahur...

Ikan masak asam


Ayam Paprik

Bulan Ramadhan ada 29/30 hari...jadi kena ada 58/60 menu sahur...sebabnya suami saya makan kena ada lauk berkuah dan lauk kering..so here we go...waktu berbuka x apa..makan apa yang ada...selalunya bubur lambuk la bulan puasa ni kitaorang makan hari2 waktu berbuka..

smlm pun dah dapat bubur lambuk...dekat Kedah mudah dapat bubur macam ni...x tahu la tempat lain..

and saya masak bihun goreng juga untuk berbuka... atas permintaan suami...

Lepas tu masak untuk sahur ke -2...Sup ayam ( xder gambar) and ikan masak sos..


Masak ni simple jer...tapi saya suka tumbuk bawang untuk tumis tu...sebab tu menu mcm ni jadi sedap...kuah dia pekat..naikkan selera...














Terima Kasih K. Amie

Salam Ramadhan.... Hadiah untuk contest Pemenang Teka Negara Yang Amie Dikunjung dah sampai...terima kasih k. Amie...cakap dekat suami dan anak2 hadiah ni datang dari jauh...


Waktu k.Amie buka contest tu, saya siap buka world map...and tengok negara mana yang pernah k.Amie pergi..


Comel bag ni....


Ni hadiah yang ada dalam bag atas tu..nampak tak kaki 2 ketoi tu...2-2 tak sabar nak rembat barang mummy diorg...

Barang from Sabah kena declare ek..saya pernah duduk Sabah selama 3 tahun belajar di UMS tahun 2005 -2008..Kopi Tenom tu ndak pernah minum sebab dulu x suka minum kopi..In Sha Allah nnt cuba..bulan puasa ni x berani minum takut malam x boleh tido, karang tak pasal2 isi rumah tak bersahur...
Hand cream tu best bau dia...cream pun x melekit..




Saya dah ada dua collection fridge magnet from Morocco...left from k.Amie and right from my bos..

Terima kasih atas kiriman k.Amie




Thursday, February 27, 2025

Ramadhan Kareem 1446H

Ramadhan Kareem untuk semua...semoga ibadah kita di bulan ini diterima..




 

Dunia semasa yang patut kita sangat2 berhati-hati dan ambil tahu - نعوذ بالله من ذلك



Shared from Akhi Fairuz Al-Jengkawi 

 1. Perkara pertama yang kita kena tahu adalah ketagihan pornografi itu lebih teruk daripada ketagihan dadah! Hasil kajian MRI mendapati otak individu yang ketagih porn 100 kali ganda lebih rosak berbanding ketagih dadah kokain!
2. Bahagian yang paling banyak rosak adalah bahagian depan otak (belakang dahi), juga lebih dikenali sebagai pre frontal cortex (PFC). Bahagian ini Allah jadikan ia untuk kita memahami, logik, fokus, merancang sesuatu, membezakan baik buruk, penerapan nilai-nilai dalam hidup serta kritis dalam membuat pilihan.
3. Tapi bila mula menonton adegan lucah, baik soft pornography (cium-cium, seksi-seksi di social media, anime yang ada unsur berkenaan dll), maka otak akan merembeskan hormon dopamine dan menyalurkan ia ke bahagian PFC. Lebih parah apabila hormon ini akan keluar tanpa kawalan dan berganda-ganda dari biasa. Sebab itu mana-mana individu yang dah mula terdedah dengan soft pornography, maka otaknya akan memicu untuk mencari kepuasan yang lebih lagi hingga beralih kepada hardcore pornography!
(Nota : Hormon dopamine penting untuk manusia. Ia akan dirembeskan bila kita buat aktiviti yang menyeronokkan; main bola, memancing, makan, tidur, melepak, sembang dengan kawan, layan movie dll)
4. Bila dah biasa tengok porn hubungan seksual yang biasa, si penagih itu akan berkeinginan untuk akses genre lucah yang lain pula. Akhirnya dia akan cuba tonton incest porno (sesama adik beradik), BDSM (ganas), gangbang (beramai-ramai), gay porn, lesbian porn bahkan paling parah berakhir dengan child pornography! - yang ni seram saya ada experienced budak 3 tahun duduk sebelah saya tengok apps porno dalam telefon ayah dia..dengan sound yang kuat..dalam office..Ya Allah time tu tuhan saya yang tahu perasaan ni...saya suruh tutup dia buat x tahu...kita x nak situation worse...bagi ear phone...itu pun x jalan...melayu kita...kawan2 office india...Ma Sya Allah..tu seram nak bagi anak2 telefon..tambah lagi yang besar..sebab diorang pandai akses sendiri...
5. Malaysia adalah negara nombor 1 di Asia Tenggara paling ramai mengakses Child Pornography!
6. Bila dopamine dah banyak sangat keluar dalam otak disebabkan pornografi, lama kelamaan ia jadi tak terkawal. Macam dalam kes ni, dah ada behavior yang pelik-pelik dah berlaku kepada pelajar lelaki berkenaan. Akhirnya mula ketagih dengan melancap, mula terfikir nak rogol adik sendiri, mula cari mangsa dalam kalangan kanak-kanak, mula pergi surau waktu subuh untuk cabul budak!
7. Sebarang perilaku seksual yang tak masuk akal yang berlaku dalam negara kita ni kebanyakkannya bermula dari ketagihan pornografi hingga membawa kepada jenayah seksual terhadap kanak-kanak terutamanya! Juga ada yang bermula dari jadi mangsa masa zaman kanak-kanak atau remaja hingga menjadikannya seorang pemangsa kini!
8. Sebab itu tolong ubah mindset! Memang tengok porn tu aib peribadi, tapi bila kesannya boleh membawa kepada hal yang lebih teruk. - Sentiasa kita perpesan dan sentiasa jaga keluarga kita 💕

Tetiba jer keluar cerita ni dekat TV3

kalo ikut cerita ni rasanya boleh relate dengan perkara dekat atas tu..




Monday, February 24, 2025

Kek Marble Jelita 1st trial


1st time buat kek marble jelita ni...tu nampak x senonoh main hentam jer letak dalam loyang...naik membukit...tapikan kek ni x renyah..x manja...letak jer semua sekali dalam mixer kecuali butter cair, mix sampai kembang...baru masuk butter cair...gaul kaup balik...susun2 dalam loyang..bakar siap...

keratan rentas kek...kek lembut...wangi (mungkin sebab saya letak perisa strawberry) macam bau ice cream anak kata...

**anak kata birthday dia buat kek ni pun x per...ok no problem jimat duit mummy nak tempah kek..raya ni pun boleh buat menu jamu orang ni...sebab senang..

sebelum ni selalu buat kek old school...marble jugak..tu resepi bonda...tapi kena ikut step...



Sumber resepi: https://cookpad.com/my/recipes/12889167-kek-marble-jelita (ada adjust sikit ikut kesesuaian barang dekat dapur)

  1. 6 biji telur (saya pakai gred C)
  2. 1 sudu besar ovalate
  3. 3 sudu besar susu pekat
  4. 1 cawan gula(160g-170g) - saya letak 3/4 cawan (tu pun manis)
  5. 1/4 cawan susu segar(50g)
  6. 150 g butter cair (3/4 cawan butter cair/minyak sayur)
  7. 1 sudu kecil esen vanila
  8. Ayakkan: 200g/2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (saya guna tepung naik sendiri)
  9. Cara Memasak

    1. 1

      Campurkan semua bahan kecuali butter. Mix kan dengan slow speed untuk 2-3 saat. Kemudian naikkan kepada high speed sehingga menjadi gebu (7-10 minit).

    2. 2

      Bila adunan dah gebu masukkan butter yang telah dicairkan. Gaulkan sehingga sebati secara kaup balik

    3. 3

      Bahagikan adunan anda kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka. (saya letak warna merah + perisa strawberry dan warna hijau)

    4. 4

      Sendukan adunan kedalam loyang yang telah digriskan dengan minyak. Selang selikan warna sehingga habis adunan. Akhir sekali corakkan permukaan atas kek ikut kreativiti anda

    5.   5 Bakar kek marble pada suhu 150-160c sehingga 50 minit ke 1 jam

    6.  6 Tips untuk dapatkan permukaan kek marble jelita yang cantik,untuk oven besar letakkan kek pada lapisan yang paling bawah klau oven anda kecik, selepas bakar 30 minit cover permukaan kek dengan aluminium foil takut gelap dekat atas kek (part ni mmg kena jaga betul2)