Monday, August 10, 2026

Sambal Kerisik Ayam


Salam, menu sabtu ahad, sebab dua hari tu jer ada masa untuk memasak menu yang perlu ketelitian begini. Masa memasak yang agak lama bagi saya, tapi orang lain kalo yang teror tu jangan compare k...Level saya chef untuk suami and anak-anak sahaja.

Sambal kerisik ayam ni adik ipar yang ajar, x pernah makan lagi sebelum tu.
Terasa sedap la pulak bila makan.
Bila dah remaja purba lauk gini terasa sedapnya lahai.

Eh terlebih bercerita..
Goreng ayam dalam 7 ketul. Tumis bawang besar, bawang putih yang dikisar plus sebatang serai yang diketuk dengan minyak ayam.  Dah nampak bahan kisar kuning sikit masukkan cili kisar, ikut la nak pedas or merah mcm mana... masak 3 kali pecah minyak, masukkan gula melaka, pas tu masukkan kerisik dalam 2 sudu besar...perasakan dengan garam atau nak letak serbuk perasa pun boleh. 

Makan dengan nasi panas2 buh kicap...Abg Ifwat yang x tau mummy dia letak kerisik dalam sambal tu pun boleh makan. Sedap la mummy...tapi pedas...x pedas bukan sambal la namanya.

 

Kerisik beli dekat pasar tani, kerisik ni jer boleh on kalo masak apa2...sedap lemak...bau harum..


Gula Melaka adik beli dkt Alor Gajah...Gula Melaka ni dia kata Ori..Sedap tau makan buat mcm gula2 tu...x pun letak dalam kopi...berlemak rasanya...


Jangan ditenung minyak yang dalam tu, baru ler sambal masak elok...nanti kita cedok la minyak tu buang...



Saya kalo masak sambal sikit x best, kena sambal tu melitup ayam baru puas makan. Pergi kedai kadang2 jenuh korek sambal dalam tray. Nak jugak sambal tu banyak..padahal diorang masak cukup2. Nak puas makan sambal masak sendiri.

 

No comments:

Post a Comment