Thursday, August 20, 2026

Tips Kawal Berat Badan-Share untuk kesihatan bersama


Credit untuk: Merentan Studio

Siapa mencari solusi nak sihat, silakan lah tgk video ni...bukan product overclaim...bahan alami.

From the video saya boleh simpulkan:-
1) Psyllium ni kandungan fiber dia lagi tinggi daripada buah dan sayur
2) Fungsinya dapat memperlahankan serapan karbohidrat sebanyak 60%

Murah pun murah..

Kalo x jadi jangan mara..

And satu lagi saya pernah tgk dekat podcast...sambil makan jangan tgk handphone or tv..sebab kita tak  kunyah makanan dengan betul..bila fokus makan, makanan kita akan kunyah dengan betul.

Tapi nak kurus sihat tu kena usaha kan...Allah jugak yang mengizinkan..

Jadi...semua semoga kita sihat sentiasa dalam lindungan Allah.


Cara minum psyllium husk

Langkah Pengambilan
  • Sukatan: Guna 1 sudu teh untuk permulaan.
  • Cecair: Bancuh dalam air suam atau air biasa.
  • Masa: Minum 30 minit sebelum makan jika nak kurus atau ikut arahan pada.
  • Air Masak: Minum banyak air sepanjang hari

  • Kesan sampingan jika kurang minum air
    • Kembung perut: Angin berlebihan dalam perut.
    • Sembelit: Najis menjadi keras jika air tidak cukup.
    • Cirit-birit: Boleh berlaku jika diambil terlalu banyak sekaligus.
    • Sakit perut: Memulas atau rasa tidak selesa.
    Jadual Masa Terbaik
    • Untuk Turun Berat Badan: Minum 30 minit sebelum makan berat (tengahari/malam) untuk rasa kenyang.
    • Untuk Masalah Sembelit: Minum sebelum tidur malam supaya senang membuang waktu pagi.
    • Jarak Ubat/Suplemen: Ambil psyllium husk 1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan ubat hospital.

16 comments:

  1. Makan jangan tengok hp?
    OK... done terasa...

    ReplyDelete
  2. Yang penting kita ada usaha kan. Banyak kesannya tu kalau kurang minum air, especially cirit-birit tu.

    ReplyDelete
  3. saya pernah minum benda ni..last few yrs masa join diet programme ala2 crash, selama 2 minggu...

    ReplyDelete
  4. ernah try jugak drinks mcm ni...i is cannot, terus dpt gastrik. so MA just jaga makan & jaga exercise je...

    ReplyDelete
  5. Kak SA sedang menjaga pemakanan dan sedang join program under office..cut sugar dan banyakkan minum air putih...pemakanan kena tukar..buat suku suku separuh dan makan makanan yang sihat

    ReplyDelete
  6. ingat lagi dulu dulu masa kecik arwah ayah kalau panggil makan semua kena dtg ke meja makan.. tak ada siapa yg boleh buat benda lain .. lagi2 tgk tv.. mmg kena la huhuu..

    ReplyDelete
  7. Apalah saya ini yg makan sambil tengok hp. Pernah dengar ttg PH ini, katanya memang LBH bagus drpd fiber biasa. Tp blm coba lagi. Saya sehari2 minum probiotik utk pencernaan

    ReplyDelete
  8. Hehe risau juga sebab kurang minum air. Kalau amalkan PH ini kena ikut cara makannya.

    ReplyDelete
  9. it's 31st august today! salam hari kemerdekaan utk kita semua!

    ReplyDelete
  10. Alamaksss.. kadang kalau makan sorang-sorang sambil mengadap HP.

    ReplyDelete
  11. Saya tak boleh ambil PH ni. Apa pun, kena tengok badan masing-masing. Semoga kita semua sihat-sihat selalu.

    ReplyDelete
  12. Hhmm tiba-tiba naik kilogram nya bila start minum air banyak lately ni 😞😞😞

    ReplyDelete