Tuesday, August 11, 2026

One Pan Pasta



Salam, sekali muncul semua resepi jer yang keluar, tu je seni saya. Kalo nak suruh buat kerja lain...boleh buat...skill yang ni boleh la keluar tips sikit. Menarik la untuk di cerita. 

Selalu nampak resepi one pot pasta...Saya punya one pan pasta, sebab masak dalam pan. Itu pun nak ditukar kan.. Selalu jer buat resepi ni, baru tergerak hati nak mengambil gambar. Berblog tanpa gambar tu terasa hambar pulak saya rasa..Don't take it seriously k, just my 2 cent, sebab saya yang rasa begitu kalo nak post sesuatu. Saya bukan camera ready, bukan jenis bawa handphone tu kemana-mana. Jadi nak mengambil gambar tu lambert sikit, x pun x yah..haha

Ni brekfast Tok Peah sekali la dengan ahli rumah. Tapi diorg bukan suka sangat makan benda begini, kalo nasi laju. Jadi nak x nak makan juga (diktator) mummy malas mau cuci piring (bak kata orang Sabah) banyak2.

Tumis bawang sampai layu, masukkan ayam cincang (atau perencah lain as you prefer), nak rasa pedas tumis sekali cili potong, masukkan pasta, saya guna angle hair, pada saya angle hair cepat sebab kecik x ambil masa yg lama nak masak, patahkan angle hari tu susun2, masukkan air. Sambil tggu dia boil, kacau...kalau x melekat nnti angle hair tu.

** Nak masukkan tom yam paste waktu tumis tu pun sedap, dah nak masak masukkan susu or cooking cream..sedap...

Gini la sebelum dia waktu tggu dia boil


Dah masak angle hair tu kacau lagi




Tggu sampai air tggl sikit


masukkan sayur2



Kacau sampai semua dah sebati perasakan dengan garam atau serbuk perasa, ni saya masuk garam sahaja. 


Siap, menu makanan untuk orang kurang sihat..pada saya sedap macam ni, tetap ada rasa pasta.




Ni cara saya simpan sayur potong...


Simpan mcm ni, terbalikkan. Air cuci sayur akan turun dekat lubang bawah tu. 
Nak guna spinner sayur tu x ada, malas nak membeli, dah add to cart but nanti la dulu, bukan penting pun.
Ok x aunty2...saya pegang chopstick dengan clay plasticine, clay tu warna warni, dapat dekat dia, dia buat cok kodok.






 

16 comments:

  1. selalu tgk org share video buat one pot pasta...tp kitanya tak reti bila guna 1 pot je. memang sejenis suka membazir air dan sabun gamaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain orang lain caranya..ikut mana yang sesuai...

      Delete
  2. Wah..nampak sedap.. terima kasih kongsi resipi.

    ReplyDelete
  3. Mudah kerja macam ni kan. Betul tu, angel hair ni cepat masak sikit sebab kurus melidi. Amboii si kecil dah ready nak makan tu dengan chopstick comel dia.

    ReplyDelete
  4. kt umah ni peminat pasta anakdara tp slalunya carbonara la ...mmg beli yg spaghetti sbb yg angel hair halus rs xpuas mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pun saya gitu...tapi nak masak cepat kena guna angle hair...

      Delete
  5. Sedapnya banyak sayur gini, saya suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak banyak sayur ada rasa umami semula jadi..kalo letak tomato ngan cendawan pun sedap...Tapi tok peah x leh makan..

      Delete
  6. Aarrr... senang juga eh kiranya masukkan terus angle hair tu tak payah rebus asing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. X yah rebus...air rebus tu bagi flavour extra...

      Delete
  7. sedapnyaaaa

    psst:akak dah tukar link blog tau

    ReplyDelete