Saya tanya Chat GPT senarai kerja suri rumah setiap hari, ni yg dia bagi...
Berikut ialah contoh senarai kerja seorang suri rumah dalam sehari:
Pagi
- Bangun awal dan solat/subuh
- Menyediakan sarapan pagi
- Menyediakan bekal sekolah atau kerja
- Mengejutkan dan menguruskan anak-anak ke sekolah
- Mengemas katil dan bilik tidur
- Menyapu dan mengemop lantai
- Membasuh pakaian
- Menjemur pakaian
Tengah Hari
- Membeli barang keperluan dapur (jika perlu)
- Menyediakan makan tengah hari
- Membasuh pinggan mangkuk
- Mengemas dapur
- Melipat dan menyimpan pakaian yang kering
- Membantu anak-anak membuat kerja sekolah
- Membayar bil atau mengurus urusan rumah tangga
Petang
- Mengambil anak dari sekolah atau mengurus aktiviti mereka
- Menyediakan minum petang
- Menyiram pokok
- Mengemas ruang tamu dan kawasan rumah
Malam
- Menyediakan makan malam
- Membasuh pinggan dan mengemas dapur
- Menyediakan pakaian atau keperluan untuk keesokan hari
- Membantu anak-anak membuat persediaan sekolah
- Mengurus kewangan dan perancangan rumah tangga
- Mengunci rumah dan memastikan keselamatan sebelum tidur
Tugasan Berkala (Tidak Semestinya Setiap Hari)
- Membersihkan bilik air
- Menukar cadar dan sarung bantal
- Mengemas stor atau almari
- Mencuci kipas, tingkap dan langsir
- Membawa kenderaan untuk servis
- Menghadiri mesyuarat PIBG atau urusan sekolah anak
Bilangan kali suri rumah mencuci pinggan dalam sehari bergantung kepada saiz keluarga dan cara pengurusan rumah. Secara umum:
- Selepas sarapan pagi → 1 kali
- Selepas makan tengah hari → 1 kali
- Selepas minum petang (jika ada) → 1 kali
- Selepas makan malam → 1 kali
Jadi, kebiasaannya 3 hingga 4 kali sehari.
Bagi keluarga yang mempunyai anak kecil, kerap memasak, atau tidak menggunakan mesin basuh pinggan, jumlahnya boleh meningkat kepada 5 hingga 6 kali sehari kerana perlu mencuci pinggan, cawan, botol susu, bekas makanan dan peralatan memasak yang digunakan sepanjang hari.
Tahu x kenapa saya tanya Chat CPT soalan macam ni...
Sebab saya jadi suri rumah 2 hari (Sabtu and Ahad) buat kerja macam x ada hari esok...cuci pinggan pun lebih sepuluh kali...ambik anak hantar anak sekolah...kalo 2 org sekolah pagi petang...darab la berapa...kalo hari2 mengadap benda yg sama...mungkin stress level saya tahap berapa x tahu...Salute to 24/7 suri rumah. Penat sangat...Moga Syurga buat Suri Rumah..
tugas suri rumah mmg bukan tugas yang mudah tapi kita kena pandailah manage dan segregate kerja dengan semua org dalam rumah supaya kita tak burnt out sorang2 and...kita bukan bibik. Ahakss
ReplyDeleteDah bahagi...tapi x cukup tangan jugak...sebab ank saya kecik2 lagi kot...
Deletesuri rumah sepenuh masa mmg penat...nak plak kalo ada ank kecik...smoga dipermudahkan segalanya
ReplyDeleteYg paling kecik x boleh disuruh lagi...dia la yg paling King...yg besar tu boleh la disuruh...
Deletesuami kak SA selalu bising bila time alternate saturday kak SA bangun awal buatkan sarapan dia nak pi keja...dia x suka kak SA penat2 sediakan dia sarapan...tp kak SA insist nak buat gak..dah senyap dah dia sekarang..lepas dia dah pi kerja tu bermula la buat kerja- kerja rumah..kadang bila cuti weekend kan..2 hari tu ada je aktiviti buat..xdenya nak rehat ke cuti masak ke...nasib baik la anak dah besar panjang...
ReplyDeleteHusband saya pun bukan memaksa bab memasak ni...makan kedai pun x per...tapi kan kadang2 nak jugak rasa menu rumah...
Deletesibuknye jd surirumah kann., hehe
ReplyDeletedlm list tu yg basic sahaja...belum add on task lagi...huhu
DeleteMemang respect betul pada suri rumah lagi² yang ada kecil sekolah lagi. Masa anak sekolah rendah dulu ada juga ambil cuti hantar dan ambil anak.. lahaiii.. penatnya
ReplyDeletePenat kan kak..
DeleteMacam kerja uncle je ni...? hahahaha
ReplyDeleteAlhamdulillah kalo uncle alert kerja2 mcm ni...maknanya uncle househusband yg terbaik...
DeleteMasa anak kecil-kecil memang susah. Burn out giler. Tapi lama-lama anak membesar, jadi semakin mudah. Kita happy-happy jer. Kena bagi arahan pada ahli keluarga juga, untuk tolong mana patut, sebab kita tak mampu nak buat semua benda.
ReplyDeleteTu la nk tggu diorg besar, nak merasa mak boleh relax sikit...
DeleteSemoga dipermudahkan urusan rumah tangga.
ReplyDeleteSalam Awal Muharram 1448H.
Amin...Salam Maal Hijrah kak
DeleteBila disenaraikan begini, ya Allah rasa banyaknya kerja yg dibuat huhu... Penat memang penat tapi kalau tak buat lagi sakit kepaia dan sakit hati tengok semua tak terurus. Mudah-mudahan besar pahala utk para isteri dan suami juga yg keluar mencari rezeki
ReplyDeleteBab kalo x diuruskan dengan betul mmg boleh sakit kepala...kerja tertangguh tu la kalo boleh x mau...
Deletememang never ending kejenya! untung those yg mampu hire maid kan...moga2 apa jua yg kita buat utk famili kita, akan dpt keberkatan..aamiin
ReplyDeleteMemang penat sebenarnya jadi suri rumah ini.. Dari celik mata sampai nak pejam mata, kerja non stop.. huhuhu..
ReplyDeleteAda lagi, hantar anak ke sekolah sessi pagi, kafa sessi petang, malam tuition. Belum lagi training sukan, wakil sekolah apa2.
ReplyDelete