Thursday, June 11, 2026

Nak story pasal Tok Peah Warded

Salam. Saya nak tulis panjang2...supaya ada kenangan untuk saya...siapa rasa nk baca dialu-alukan.

Start from Jan Tok Peah ada blood discharge, mcm org period tu. Bawa pergi Emergency Jan and Feb no action from emergency side, diorg suruh buat appointment dkt klinik SOPD (pembedahan) , ok buat la appointment, 23 Feb 2026 dpt slot, jumpa doctor, tapi doctor kata kena buat scan dulu, date scan bulan Julai 2026.

Sebelum bulan puasa hari tu Tok Peah mula lemah, tapi dia nak juga buat kerja...puasa sunat isnin dan khamis dia akan puasa, bulan puasa kaki dia bengkak berair...appointment Klinik MOPD (Pakar buah pinggang)  hospital pada 17hb Mac 2026, terus doctor decide warded...GFR pun menurun...

Tau dak dia warded pkl berapa. Pkl 11 lebih (malam), jenuh tggu nurse call sebab tggu katil kosong. Pkl 10.15 baru nurse call, kelam kabut , bulan puasa pulak tu, husband bertugas dekat surau ambik ngan hantar tok imam import untuk tarawikh. Angkut anak-anak yg esoknya diorg pun sekolah. Daftar, masuk wad bagai pkl 1 pagi baru sampai rumah. Pkl 4.30 nak bangun sahur. Nasib bangun sahur jugak.



Bermulalah episod saya ulang alik hospital. Hospital tu mcm second home. Esoknya terus diorg buat procedure masuk tiub dekat peha untuk dialysis. Doctor pun dah advice cari tempat dialysis. 

2 haris sebelum Syawal adik ada datang dia yg visit pergi hospital, saya stay rumah jaga budak2. Sempat la 4 or 5 hari dia visit. Syawal kami dihospital. Waktu ni masih ok. Sekali sehari jer visit.

2 kali jer kot dia buat dialysis tu, bacaan BP dia teruk bacaan atas 80+ bawah 40+..26 Mac 2026 Doctor on ubat untuk naikkan BP. Ubat tu kena on sentiasa x boleh cabut. Pakai Syringe pump. So kena on sentiasa. Nk berak or kencing kena dkt atas katil. 

Machine Syringe pump ni la kena on sentiasa


Cabaran saya baru bermula...Sebelum ni visit sehari sekali jer...Tapi dh on ubt tu, kena pergi hospital terus if Tok Peah call nak buang air kencing...Waktu mula2 tu sampai 4 kali sehari kena p hospital..Saya sorang jer handle, nak handle anak2 dekat rumah lagi..Saya X boleh stay hospital. Sebab banyak komitmen lain. Tok Peah x nak pakai diaper mula2 tu. Tapi terpaksa buat kuasa Veto pakaikan dia diaper. Waktu ni awal Syawal nak ke hospital tu makan masa sebab jalan akan jammed sana sini. Siapa pernah datang Sungai Petani akan tahu keadaan kalo musim perayaan atau cuti panjang. On way nk sampai hospital tu sampai 4-5 kali dia call bila nk sampai.


Dah pakai diaper kena visit paling kurang 2 kali sehari, sebab nk tukar diaper dia. Pagi nurse tolong tukarkan, tengahari waktu lunch hour saya tukar. Malam pun saya tukar. Cuaca waktu ni Nauzubillah, 39-41 celcius ok. Kalo ada driver or parking dekat x per. Dapat parking jauh, lencun baju. 

Belum lagi nak lalu security, jumpa security yg baik Alhamdulillah. Jumpa security yg banyak tanya / songeh, jenuh menjawab. Ada 2 check point sebelum sampai ward. Dekat entrance bawah and entrance depan ward. Waktu melawat pun max visitor 2 org.

Ubat tu on dlm 2 minggu jugak la. Lepas tu ada masalah lain pulak. Kaki dia bengkak dekat lutut. 9 April 2026 Doctor buang air dlm lutut dia sampai 3 botol urine bottle or specimen container tu.



12 April 2026 doctor decide nak buat operation lutut nak buang nanah dalam lutut. Tok Peah dah puasa, tapi x jadi, penat dia puasa dh lebih 6 jam...puasa dari pkl 2 pagi sampai pkl 7 mlm, baru nurse bagitau x jadi operate. Makanan hospital mana ada dah. Kena beli makanan luar. 

Esoknya pkl 2 pagi kena puasa pulak. Pkl 8 pagi mak call diorg dh nk bawa masuk bilik OT, Saya pergi hospital dengan parking penuh sampai kena parking jauh. Nk menapak satu hal, sakit perut lagi..Terkejar2 nk ke bilik OT lagi sebab doctor nak suruh sign consent letter. Hospital Sungai Petani if hari Ahad hingga Khamis kalo ada hospital appoitment mmg penuh sampai parking berbayar pun x mampu nak tambung kereta yg banyak. Parking berbayar tu boleh muat 500 and above kereta rasanya. Parking dlm hospital dah tentu untuk staff tapi ada juga untuk visitor.

Saya tggu depan bilik OT sampai selesai. Punya la saya cari nama Tok Peah name list diorg update dekat monitor, rupanya diorg just letak short form nama. Sampai nak keluar diorg letak dekat bilik observation baru perasan nama dia. Rupanya sebab PDPA. Procedure x lama dlm 1 jam sahaja. Tapi dia kena masukkan 1 pain darah sebelum dan 1 pain darah selepas operation sebab dia dah pernah buat dialysis. 30ml doctor keluarkan nanah dlm lutut.

Lepas keluar bilik OT tu saya tanya dekat nurse nak tukar diaper mak boleh x?. Dia kata kami dh tukar tadi. Ok la mcm tu saya nak balik dulu ambil Ifwat balik sekolah. Tok Peah pun x boleh makan and minum sampai pkl 6 petang doctor kata. Tok Peah call kata dia basah, kencing banyak katanya. Sampai hospital saya buka selimut Ma Sha Allah diorg x pakaikan diaper, basah katil. Semua kena tukar, dah la orang baru lepas operate.

Luka operate tu cepat jer sembuh, lepas 8 hari operate diorg dah buka jahitan. Tapi ada masalah lain, nanah dlm lutut Tok Peah tu ada bacteria, bacteria dh masuk dlm darah, kena on antibiotics 6 minggu, 2 miggu dekat hospital, lagi 4 mggu kena hari2 dtg hospital tukar ubat antibiotic, rasa nk terduduk dengar, saya dh penat dengan stress lagi. 

Dengan kerja melambak nak submit akaun company, muka dah tebal nak minta excuse dekat bos, tapi saya ada bos yang sangat memahami, dia cakap you handle your mom dulu, berbakti lah selagi dia ada. Mana nak cari bos mcm tu. Bila dia bagi green light mcm tu x kan kita nak take for granted jugak...kena la win - win. Saya usahakan jugak masuk office walaupun badan dah lemau. Kerja mesti jalan jugak. 

Bulan April, kuota petrol saya and husband (400 liter) nyawa2 ikan nak sampai penghujung tu...itu pun mostly saya guna kereta husband yg jimat minyak. Sebab kereta saya pun sakit. Bila sakit segala kos kena hadap. Tu belum benda lain lagi. Bukan nak mengadu, org kata x per la untuk mak kan...tapi peringatan untuk yg sihat. Duit simpanan untuk sakit jgn lupa simpan.

20 April 2026 abg sulung turun, saya dah berbunyi saya dah x ralat. Kaki pun sakit sebab berjalan banyak sangat. Dia jaga 3 hari, saya meneruskan rutin biasa. Waktu dia dtg tu saya bincang mcm mana nk bawa Tok Peah hari2 g hospital ni. 

Anak abg ada baru lepas berhenti kerja, dia pun tgh tggu tawaran nak masuk degree. Nak minta dia tolong bawakan Tok Peah ulang hari2 ke hospital. Kakak pun ada tolong 3 hari mcm tu. Dia bagi pinjam kereta untuk Tok Peah ulang alik. Sebabnya kereta saya pun sakit waktu ni. Time mcm ni la mcm2 hal.

Doctor akan pasang Infusion pump dekat lengan Tok Peah, dlm botol tu ada ubat antibiotics, ubat tu la kena tukar hari2, ubt dlm botol tu kembung sampai pagi esoknya dia akan kempis.

Infusion pump

29 April baru hospital discharge Tok Peah, sampai habis syawal baru boleh keluar hospital. Tu pun diorg kata discharge tengahari. Nak tggu discharge letter dari tghri sampai maghrib baru selesai. Mula2 nurse suruh ambik discharge letter dekat tgkt lima, saya pun tggu sejam dkt situ, nasib la nurse dkt situ tanya nama patient apa, terus dia kata x ada nama patient dkt sini, naik pulak dekat ward Tok Peah, tanya nurse situ, dia kata oooo kalo mcm tu kena minta doctor wad sini keluarkan letter. Tggu punya tggu maghrib baru siap daaa...

Anak sedara saya banyak bantu waktu atok dia alang alik hospital..Pkl 10 pagi setiap hari dia sorang g bawa tok dia g hospital, tghari belikan food. Ringan juga la kerja saya.

Dekat2 nak habis rawatan antibiotics tu, Tok Peah jadi lemah x lalu makan, doctor pun ada ambil darah. Bacaan GFR kembali menurun. Selepas 2 kali dialysis hari tu bacaan GFR dia static, sebab tu doctor off tiub dekat peha. Ni jadi pulak. Antibiotics pun diorg nk kurangkan daripada 4mg kepada 2mg.

19 May 2026 warded pkl 5 petang, 20hb tu doctor terus pasang tiub dkt leher untuk dialysis. Perancangan awal mmg mcm tu, tapi sebab bacaan GFR dia static. Doctor KIV. Kali ni saya dah redha kena ulang alik hospital, rupanya bila redha hati tenang. Kena visit tok peah pagi hantar breakfast sebab hospital hanya provide roti sahaja pagi. Dia x mau makan roti jer. tengahari lunch hour tukar diaper, malam lagi sekali. Pagi ank sedara hantar breakfast, malam saya pergi visit tukar diaper Tok Peah tanya dia siap2 esok nak makan apa, esok pagi cucu dia belikan breakfast, pkl 7.30 pagi dia dh keluar rumah belikan Tok dia breakfast. 24/5/2026 ank sedara dh balik, jadi rutin semuanya dh kembali kepada saya. Kelam kabut juga hidup. Tapi dah redha kan. Tenang2 saja.


Bila dialysis HB kurang, kena top up darah, Tok Peah kata darah putih, darah kuning and darah merah semua diorg drip masuk dlm badan. Terima kasih la kepada penderma darah. Kalo diorg x ada, mana nak top up darah.
Setiap kali dialysis kena top up darah. Rupanya bila dh dialysis ni air kencing akan kurang atau terus x ada kata nurse. X ada la Tok Peah kencing banyak tapi kena tukar jugak diaper dia sebab hygiene, bontot dia pun dh melecet.
Aidiladha kami dihospital lagi. Raya Aidiladha ke -2 dan ke-3 kakak ada dtg take over rutin hospital saya.
 
Warded kali kedua ni Tok Peah suka meracau, kadang2 tu dia call tanya mana tongkat dia, dia nak pergi bilik air. Pernah sekali dia call tolong alihkan kuali inti karipap tepi dia. Tapi dia dekat hosptal. Kawan2 dia dlm ward tu pun kata dia meracau sampai diorg pun x lena nak tido.Mata pejam, tapi mulut pok pek cakap macam2. Saya pun risau, kenapa mcm ni. Tanya doctor mungkin faktor usia.

31/5/2026 adik pun ada dtg sebab kakak ipar dia kawin dengan org Kulim, boleh terus visit Tok Peah
2/6/2026 masa adik visit Tok Peah doctor kata boleh discharge, adik kata ptg baru discharge, tggu nurse call. Saya pun x mo tggu lama2 dkt hospital tu jadi mmg tggu nurse call baru ambik Tok Peah. Pkl 6 baru Nurse call, sampai sana nurse kata lama dah discharge note ni keluar. Sorry la ye saya ikut arahan.

Next appointment 9/6/2026, 8/6/2026 husband bawa pergi hospital lama, tapi saya drive sebab dkt situ pack, saya balik uruskan Uzma p sekolah..ini budak pun akai banyak, p sek nak jalan kaki, nasib sekolah dekat..settle Uzma husband call dh siap...kena p ambik diorg pulak.

9/6/2026 Kakak bawa jumpa doctor MOPD, husband jadi driver.
Pkl 9.30 kakak message Tok Peah x perlu buat dialysis sebab bacaan buah pinggang dia statik. Alhamdulillah.Next appoinment Julai 2026. 

Doctor akan remove tiub dekat leher, lama jugak menunggu, pkl 12 lebih baru diorg remove. Tiub dekat leher tu kena jaga betul2, sebabnya mudah kena infection. Nak mandi pun kena hati2 x boleh kena air. Kalo kena infection akan demam dan menggigil. Ada sorang patient sama ward dengan mak saya, dia kena infection, pasang tapak tu dekat leher sebelah pulak, lepas tu bleeding, kena buat lain pulak.

Dekat ward mcm2 cerita kita dengar.

Saya nak bercerita juga pasal pusat dialysis, bila kita quiry pasal nak dialysis ni mmg diorg follow up rapat2 yer. Sanggup jugak visit Tok Peah ke hospital. tanya bila nak discharge, appointment pun sanggup tggu... Business maaaa....
1 session RM280.00 (seminggu 3kali dialysis) tempat yg saya tanya tu, mcm Tok Peah mmg ada ank kerja kerajaan (adik n kakak) x per la. Org x ada pendapatan mcm mana. Itu pun kena mohon kurang2 6 bulan approval, kalo x kena bayar sendiri dulu.
Mostly dkt ward yg Tok Peah ddk tu dialysis patient, pernah 3 kematian saya dengar, salah satunya lalu depan mata saya. Dlm ward tu muda2 pun ada. Ada yg dh buat dialysis umur 16 tahun. Doctor MOPD tu pun kata, Kedah paling tggi dialysis patient. Menakutkan.

** Akan saya update lagi




No comments:

Post a Comment