Thursday, June 18, 2026

Cerita Tarikh 12/3/2026 lama peram

Salam...this is not for show off..
Nak cerita hari2 lalu tepi kedai emas Public Gold, naluri perempuan kan
Kedai Emas Public Gold dekat bawah office jer
Teringin nak masuk, tapi budget x ada..haha
Harga emas tau la sekarang 1gram pun dh 500++
Tapi sekarang dah kurang 25% daripada awal tahun hari tu..kalo congak +- kurang dlm RM80+ 1gram..
tu pun still RM500++
Budget mmg x ada tapi teringin...
Ada la emas yg putus, cincin yg dah patah...
Cuba la masuk tanya boleh ker jual beli

Saya ada baca kalo nk tukar emas mesti jual dahulu baru beli yg baharu kalo ikutkan  Hukum jual beli emas (boleh baca sini). 

Saya copy from Web Jabatan Mufti Wilayah (nak baca panjang lebar boleh click link atas tu)

Panduan Tukar Beli Emas ( Trade-in)

Kaedah tukar beli emas yang bebas unsur riba ketika melakukan trade in emas lama dengan emas baru melalui  dua akad (dua urusniaga) seperti  berikut:

  1. Menjual emas lama dan terima duit  hasil jualan emas.
  2. Kemudian membeli emas baru dengan membayar daripada hasil jualan emas lama atau  membeli emas baru yang lagi mahal dengan menambah duit lain.

Panduan tersebut berdasarkan hadis  yang  diajar oleh Nabi  SAW daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A berkata

جَاءَ بِلاَلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِتَمْرٍ بَرْنِيٍّ، فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : «مِنْ أَيْنَ هَذَا؟»، قَالَ بِلاَلٌ: كَانَ عِنْدَنَا تَمْرٌ رَدِيٌّ، فَبِعْتُ مِنْهُ صَاعَيْنِ بِصَاعٍ، لِنُطْعِمَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَ: أَوَّهْ أَوَّهْ، عَيْنُ الرِّبَا عَيْنُ الرِّبَا، لاَ تَفْعَلْ، وَلَكِنْ إِذَا أَرَدْتَ أَنْ تَشْتَرِيَ فَبِعِ التَّمْرَ بِبَيْعٍ آخَرَ، ثُمَّ اشْتَرِهِ

Maksudnya: “Bilal datang kepada Nabi SAW dengan membawa tamar barni, lalu Nabi bertanya kepadanya: “Dari manakah tamar ini ?”. Bilal menjawab : “Kami mempunyai tamar yang buruk, lalu kami menjualnya (menukarkannya) dua gantang dengan satu gantang tamar barni, agar kami dapat memberi makan kepada Nabi saw”. Lalu Nabi SAW bersabda pada saat itu: “Aduh, aduh, itulah riba, itulah riba. janganlah engkau melakukan ini, akan tetapi jika engkau ingin membeli (kurma yang terbaik) maka juallah kurmamu dengan jualan yang lain, kemudian belilah kurma yang terbaik dengan hasil jualanmu itu."

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Dalam isu trade-in emas perhiasan atau  emas yang ditempa, perkara yang perlu diperhalusi ialah adakah barang kemas (perhiasan) termasuk dalam item ribawi atau tidak? Justeru, terdapat  beberapa  pandangan fuqaha mazhab dalam menentukan sama ada emas perhiasan termasuk dalam item ribawi  mahupun sebaliknya.

  • Menurut jumhur[5] dalam kalangan mazhab Syafie[6], Maliki dan Hanbali emas dan perak adalah item ribawi walaupun perhiasan.
  • Ibn Rusyd menyatakan: “Ulama berbeza pendapat dalam bab pembuatan (san’ah) yang pada asalnya dilarang disebabkan berlaku riba seperti roti tukar roti. Sementara Abu Hanifah berkata: Tidak mengapa berlaku pertambahan atau sama timbangan kerana ia telah terkeluar daripada item ribawi dengan sebab pembuatan (san’ah)”.[7]
  • Ibn Taimiyyah menyatakan bahawa harus menjual emas dan perak yang ditempa yang sama jenis tanpa syarat sama timbangan atau terdapat penambahan pada pembuatan (pertukangan) sama ada secara tunai atau tertangguh yang bukan bertujuan untuk dijadikan nilai harga (thaman). Perhiasan yang telah keluar dari sifat asal  (iaitu sebagai wang) kerana faktor pembuatan atau pertukangan maka ia bukan item ribawi.[8] Beliau turut berpendapat bahawa perhiasan dibolehkan dan tidak termasuk dalam item ribawi kerana ia telah ditempa (pembuatan), maka ia termasuk dalam jenis pakaian dan barangan (sil’ah) bukan daripada  jenis harga (al-thaman).[9]

Merujuk kepada   Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan:

“Syarat-syarat khusus jual beli emas yang bercirikan item ribawi khas bagi emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.[10]

 

Berkenaan kaedah pembayaran melalui kad kredit adalah dibenarkan  berdasarkan kenyataan  keputusan  Muzakarah mengenai Parameter Pelaburan Emas  :

“Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan. Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.”[11]


Sajer nak experience, masuk la kedai emas PG ni...surprisingly emas yg saya bawa tu harga ni...



Kecik2 jer...putus2 pulak tu...

Dengan harga tu saya boleh dapat satu rantai tangan Mummy dan satu rantai tangan Uzma.
Boleh la pakai raya..
Tapi x kemana pun...Tok Peah warded kan...
Diorg pun buat service cuci emas, free jer...
Kalo ikut hukum, mmg jual beli tu x ikut syariat...
Moga Allah ampunkan dosa saya..

 

No comments:

Post a Comment