Salam. Saya nak tulis panjang2...supaya ada kenangan untuk saya...siapa rasa nk baca dialu-alukan.
Start from Jan Tok Peah ada blood discharge, mcm org period tu. Bawa pergi Emergency Jan and Feb no action from emergency side, diorg suruh buat appointment dkt klinik SOPD (pembedahan) , ok buat la appointment, 23 Feb 2026 dpt slot, jumpa doctor, tapi doctor kata kena buat scan dulu, date scan bulan Julai 2026.
Sebelum bulan puasa hari tu Tok Peah mula lemah, tapi dia nak juga buat kerja...puasa sunat isnin dan khamis dia akan puasa, bulan puasa kaki dia bengkak berair...appointment Klinik MOPD (Pakar buah pinggang) hospital pada 17hb Mac 2026, terus doctor decide warded...GFR pun menurun...
Tau dak dia warded pkl berapa. Pkl 11 lebih (malam), jenuh tggu nurse call sebab tggu katil kosong. Pkl 10.15 baru nurse call, kelam kabut , bulan puasa pulak tu, husband bertugas dekat surau ambik ngan hantar tok imam import untuk tarawikh. Angkut anak-anak yg esoknya diorg pun sekolah. Daftar, masuk wad bagai pkl 1 pagi baru sampai rumah. Pkl 4.30 nak bangun sahur. Nasib bangun sahur jugak.
Bermulalah episod saya ulang alik hospital. Hospital tu mcm second home. Esoknya terus diorg buat procedure masuk tiub dekat peha untuk dialysis. Doctor pun dah advice cari tempat dialysis.
2 haris sebelum Syawal adik ada datang dia yg visit pergi hospital, saya stay rumah jaga budak2. Sempat la 4 or 5 hari dia visit. Syawal kami dihospital. Waktu ni masih ok. Sekali sehari jer visit.
2 kali jer kot dia buat dialysis tu, bacaan BP dia teruk bacaan atas 80+ bawah 40+..26 Mac 2026 Doctor on ubat untuk naikkan BP. Ubat tu kena on sentiasa x boleh cabut. Pakai Syringe pump. So kena on sentiasa. Nk berak or kencing kena dkt atas katil.
Cabaran saya baru bermula...Sebelum ni visit sehari sekali jer...Tapi dh on ubt tu, kena pergi hospital terus if Tok Peah call nak buang air kencing...Waktu mula2 tu sampai 4 kali sehari kena p hospital..Saya sorang jer handle, nak handle anak2 dekat rumah lagi..Saya X boleh stay hospital. Sebab banyak komitmen lain. Tok Peah x nak pakai diaper mula2 tu. Tapi terpaksa buat kuasa Veto pakaikan dia diaper. Waktu ni awal Syawal nak ke hospital tu makan masa sebab jalan akan jammed sana sini. Siapa pernah datang Sungai Petani akan tahu keadaan kalo musim perayaan atau cuti panjang. On way nk sampai hospital tu sampai 4-5 kali dia call bila nk sampai.
Dah pakai diaper kena visit paling kurang 2 kali sehari, sebab nk tukar diaper dia. Pagi nurse tolong tukarkan, tengahari waktu lunch hour saya tukar. Malam pun saya tukar. Cuaca waktu ni Nauzubillah, 39-41 celcius ok. Kalo ada driver or parking dekat x per. Dapat parking jauh, lencun baju.
Belum lagi nak lalu security, jumpa security yg baik Alhamdulillah. Jumpa security yg banyak tanya / songeh, jenuh menjawab. Ada 2 check point sebelum sampai ward. Dekat entrance bawah and entrance depan ward. Waktu melawat pun max visitor 2 org.
Ubat tu on dlm 2 minggu jugak la. Lepas tu ada masalah lain pulak. Kaki dia bengkak dekat lutut. 9 April 2026 Doctor buang air dlm lutut dia sampai 3 botol urine bottle or specimen container tu.
12 April 2026 doctor decide nak buat operation lutut nak buang nanah dalam lutut. Tok Peah dah puasa, tapi x jadi, penat dia puasa dh lebih 6 jam...puasa dari pkl 2 pagi sampai pkl 7 mlm, baru nurse bagitau x jadi operate. Makanan hospital mana ada dah. Kena beli makanan luar.
Esoknya pkl 2 pagi kena puasa pulak. Pkl 8 pagi mak call diorg dh nk bawa masuk bilik OT, Saya pergi hospital dengan parking penuh sampai kena parking jauh. Nk menapak satu hal, sakit perut lagi..Terkejar2 nk ke bilik OT lagi sebab doctor nak suruh sign consent letter. Hospital Sungai Petani if hari Ahad hingga Khamis kalo ada hospital appoitment mmg penuh sampai parking berbayar pun x mampu nak tambung kereta yg banyak. Parking berbayar tu boleh muat 500 and above kereta rasanya. Parking dlm hospital dah tentu untuk staff tapi ada juga untuk visitor.
Saya tggu depan bilik OT sampai selesai. Punya la saya cari nama Tok Peah name list diorg update dekat monitor, rupanya diorg just letak short form nama. Sampai nak keluar diorg letak dekat bilik observation baru perasan nama dia. Rupanya sebab PDPA. Procedure x lama dlm 1 jam sahaja. Tapi dia kena masukkan 1 pain darah sebelum dan 1 pain darah selepas operation sebab dia dah pernah buat dialysis. 30ml doctor keluarkan nanah dlm lutut.
Lepas keluar bilik OT tu saya tanya dekat nurse nak tukar diaper mak boleh x?. Dia kata kami dh tukar tadi. Ok la mcm tu saya nak balik dulu ambil Ifwat balik sekolah. Tok Peah pun x boleh makan and minum sampai pkl 6 petang doctor kata. Tok Peah call kata dia basah, kencing banyak katanya. Sampai hospital saya buka selimut Ma Sha Allah diorg x pakaikan diaper, basah katil. Semua kena tukar, dah la orang baru lepas operate.
Luka operate tu cepat jer sembuh, lepas 8 hari operate diorg dah buka jahitan. Tapi ada masalah lain, nanah dlm lutut Tok Peah tu ada bacteria, bacteria dh masuk dlm darah, kena on antibiotics 6 minggu, 2 miggu dekat hospital, lagi 4 mggu kena hari2 dtg hospital tukar ubat antibiotic, rasa nk terduduk dengar, saya dh penat dengan stress lagi.
Dengan kerja melambak nak submit akaun company, muka dah tebal nak minta excuse dekat bos, tapi saya ada bos yang sangat memahami, dia cakap you handle your mom dulu, berbakti lah selagi dia ada. Mana nak cari bos mcm tu. Bila dia bagi green light mcm tu x kan kita nak take for granted jugak...kena la win - win. Saya usahakan jugak masuk office walaupun badan dah lemau. Kerja mesti jalan jugak.
Bulan April, kuota petrol saya and husband (400 liter) nyawa2 ikan nak sampai penghujung tu...itu pun mostly saya guna kereta husband yg jimat minyak. Sebab kereta saya pun sakit. Bila sakit segala kos kena hadap. Tu belum benda lain lagi. Bukan nak mengadu, org kata x per la untuk mak kan...tapi peringatan untuk yg sihat. Duit simpanan untuk sakit jgn lupa simpan.
20 April 2026 abg sulung turun, saya dah berbunyi saya dah x ralat. Kaki pun sakit sebab berjalan banyak sangat. Dia jaga 3 hari, saya meneruskan rutin biasa. Waktu dia dtg tu saya bincang mcm mana nk bawa Tok Peah hari2 g hospital ni.
Anak abg ada baru lepas berhenti kerja, dia pun tgh tggu tawaran nak masuk degree. Nak minta dia tolong bawakan Tok Peah ulang hari2 ke hospital. Kakak pun ada tolong 3 hari mcm tu. Dia bagi pinjam kereta untuk Tok Peah ulang alik. Sebabnya kereta saya pun sakit waktu ni. Time mcm ni la mcm2 hal.
Doctor akan pasang Infusion pump dekat lengan Tok Peah, dlm botol tu ada ubat antibiotics, ubat tu la kena tukar hari2, ubt dlm botol tu kembung sampai pagi esoknya dia akan kempis.

Allahuakbar kuatnya Sue...kalau saya ditempat Sue mau hari2 menangis.Moga Allah beri semua kebaikan didunia&akhirat untuk Sue...saya dapat rasa penatnya jaga parents yang sakit ni,tapi bila kita bayangkan mak ayah yang jaga kita kecil dulu,apa lah sangat kan usaha dan pengorbanan kita sekarang untuk mereka...hugs
ReplyDeleteMmg dah menangis Afzan..Tapi fikirkan mak kan...Allah saja tempat saya bergantung waktu..segala doa keluar..tq for doa and hugs..
DeleteAllahu Akbar, besarnya dugaan utk sis dan bonda. Sy doakan agar diberi kesihatan, kekuatan dan kesabaran utk sis serta kesembuhan dan kemudahan rawatan utk bonda. Sy faham, sbb pernah lalui pengalaman jaga arwah mak dulu. Kalau rasa nak berkongsi rasa, luahkan saja. Jaga diri Sia juga ye
ReplyDeleteTerima kasih sis for the doa...Moga dipermudahkan urusan kita semua...x tau la dosa ka pahala yg banyak ni...
DeleteBerat mata membaca entri ini, berat lagi bahu Sueann yang memikul. Saya doakan Sueann terus diberi kekuatan oleh Allah untuk menjaga tok peah. Huggss Sueann kuat-kuat dari jauh.
ReplyDeleteTerima kasih...huggss
DeleteMoga dipermudah kan semua urusan Sueann sekeluarga. Pernah jaga arwah ayah dulu, warded dan juga dialysis 3x seminggu.
ReplyDeleteTerima kasih kak for your kind words..Tu la pengalaman untuk setiap org...
DeleteBetul... sebab tu ada orang kata menderma darah ni macam amal jaraih juga...
ReplyDeleteMoga Syurga bagi yg menderma..
DeleteBukan senang nak jaga orang tak sihat ni kan? Semoga Allah permudahkan segalanya untuk Sueann sekeluarga, diberi kekuatan untuk hadap ujian ini dan TokPeah diberikan kesembuhan
ReplyDeleteX mudah kena sabar banyak2....Terima kasih...
DeleteAmmi yang membaca pun rasa penat...inikan awak yang hadap. Semoga kuat ye Sue
ReplyDeleteTerima kasih Ammi..
DeleteAllahu.. akak baca pun terasa penatnya. Semoga Allah beri sebanyak² ganjaran buat Sueann asbab menjaga Tok Peah. Mujur juga ada anak saudara yang boleh diharapkan.
ReplyDeleteOwh.. sekarang RM280/dialysis, banyak juga bezanya. Zaman arwah abah akak rasa dalam RM150. Abah dapat bantuan zakat. Buat dialysis darah (HD) 10 tahun dan dialysis air (PD) 2 tahun.
Terima kasih kak...Ya dlm setiap kelelahan tu, Allah mudahkan dengan bantuan juga..mungkin ada tempat dialysis yg murah sikit..kalo Tok Peah x ada option anak kerja gov mmg kena mohon zakat juga...
Deletethanks for sharing...berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. May Allah ease for u..dan moga jd asbab syurga utk u sbb jaga ur mom..aamiin
ReplyDeleteAllahuakbar, berat mata memandang, berat lagi bahu Sue yang memikul. Memang penat sangat urus ibu bapa yang sakit ni, fizikal dan mental mental kena kuat. Semoga Allah SWT kurniakan kesembuhan buat Tok Peah, permudahkan segala urusan dialisis/rawatan selepas ini, dan beri ganjaran pahala yang melimpah-limpah buat Sue sekeluarga atas asbab berbakti kepada ibu. Hugs Sue, jaga diri juga ya!
ReplyDelete