Thursday, June 18, 2026

Cerita Tarikh 12/3/2026 lama peram

Salam...this is not for show off..
Nak cerita hari2 lalu tepi kedai emas Public Gold Jewel, naluri perempuan kan
Kedai Emas Public Gold Jewel dekat bawah office jer
PG Jewel ni saya yakin sikit, nk masuk, kedai emas lain takut mcm emas dia ada mix logam...
Tapi mahal la sikit...
Teringin nak masuk, tapi budget x ada..haha
Harga emas tau la sekarang 1gram pun dh 500++
Tapi sekarang dah kurang 25% daripada awal tahun hari tu..kalo congak +- kurang dlm RM80+ 1gram..
tu pun still RM500++
Budget mmg x ada tapi teringin...
Ada la emas yg putus, cincin yg dah patah...
Cuba la masuk tanya boleh ker jual beli

Saya ada baca kalo nk tukar emas mesti jual dahulu baru beli yg baharu kalo ikutkan  Hukum jual beli emas (boleh baca sini). 

Saya copy from Web Jabatan Mufti Wilayah (nak baca panjang lebar boleh click link atas tu)

Panduan Tukar Beli Emas ( Trade-in)

Kaedah tukar beli emas yang bebas unsur riba ketika melakukan trade in emas lama dengan emas baru melalui  dua akad (dua urusniaga) seperti  berikut:

  1. Menjual emas lama dan terima duit  hasil jualan emas.
  2. Kemudian membeli emas baru dengan membayar daripada hasil jualan emas lama atau  membeli emas baru yang lagi mahal dengan menambah duit lain.

Panduan tersebut berdasarkan hadis  yang  diajar oleh Nabi  SAW daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A berkata

جَاءَ بِلاَلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِتَمْرٍ بَرْنِيٍّ، فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : «مِنْ أَيْنَ هَذَا؟»، قَالَ بِلاَلٌ: كَانَ عِنْدَنَا تَمْرٌ رَدِيٌّ، فَبِعْتُ مِنْهُ صَاعَيْنِ بِصَاعٍ، لِنُطْعِمَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَ: أَوَّهْ أَوَّهْ، عَيْنُ الرِّبَا عَيْنُ الرِّبَا، لاَ تَفْعَلْ، وَلَكِنْ إِذَا أَرَدْتَ أَنْ تَشْتَرِيَ فَبِعِ التَّمْرَ بِبَيْعٍ آخَرَ، ثُمَّ اشْتَرِهِ

Maksudnya: “Bilal datang kepada Nabi SAW dengan membawa tamar barni, lalu Nabi bertanya kepadanya: “Dari manakah tamar ini ?”. Bilal menjawab : “Kami mempunyai tamar yang buruk, lalu kami menjualnya (menukarkannya) dua gantang dengan satu gantang tamar barni, agar kami dapat memberi makan kepada Nabi saw”. Lalu Nabi SAW bersabda pada saat itu: “Aduh, aduh, itulah riba, itulah riba. janganlah engkau melakukan ini, akan tetapi jika engkau ingin membeli (kurma yang terbaik) maka juallah kurmamu dengan jualan yang lain, kemudian belilah kurma yang terbaik dengan hasil jualanmu itu."

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Dalam isu trade-in emas perhiasan atau  emas yang ditempa, perkara yang perlu diperhalusi ialah adakah barang kemas (perhiasan) termasuk dalam item ribawi atau tidak? Justeru, terdapat  beberapa  pandangan fuqaha mazhab dalam menentukan sama ada emas perhiasan termasuk dalam item ribawi  mahupun sebaliknya.

  • Menurut jumhur[5] dalam kalangan mazhab Syafie[6], Maliki dan Hanbali emas dan perak adalah item ribawi walaupun perhiasan.
  • Ibn Rusyd menyatakan: “Ulama berbeza pendapat dalam bab pembuatan (san’ah) yang pada asalnya dilarang disebabkan berlaku riba seperti roti tukar roti. Sementara Abu Hanifah berkata: Tidak mengapa berlaku pertambahan atau sama timbangan kerana ia telah terkeluar daripada item ribawi dengan sebab pembuatan (san’ah)”.[7]
  • Ibn Taimiyyah menyatakan bahawa harus menjual emas dan perak yang ditempa yang sama jenis tanpa syarat sama timbangan atau terdapat penambahan pada pembuatan (pertukangan) sama ada secara tunai atau tertangguh yang bukan bertujuan untuk dijadikan nilai harga (thaman). Perhiasan yang telah keluar dari sifat asal  (iaitu sebagai wang) kerana faktor pembuatan atau pertukangan maka ia bukan item ribawi.[8] Beliau turut berpendapat bahawa perhiasan dibolehkan dan tidak termasuk dalam item ribawi kerana ia telah ditempa (pembuatan), maka ia termasuk dalam jenis pakaian dan barangan (sil’ah) bukan daripada  jenis harga (al-thaman).[9]

Merujuk kepada   Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan:

“Syarat-syarat khusus jual beli emas yang bercirikan item ribawi khas bagi emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi”.[10]

 

Berkenaan kaedah pembayaran melalui kad kredit adalah dibenarkan  berdasarkan kenyataan  keputusan  Muzakarah mengenai Parameter Pelaburan Emas  :

“Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan. Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.”[11]


Sajer nak experience, masuk la kedai emas PG ni...surprisingly emas yg saya bawa tu harga ni...



Kecik2 jer...putus2 pulak tu...

Dengan harga tu saya boleh dapat satu rantai tangan Mummy dan satu rantai tangan Uzma.
Boleh la pakai raya..
Tapi x kemana pun...Tok Peah warded kan...
Diorg pun buat service cuci emas, free jer...
Kalo ikut hukum, mmg jual beli tu x ikut syariat...
Moga Allah ampunkan dosa saya..

 

39 comments:

  1. Semoga yang baik² saja..
    Tapi, tak tahu pula PG boleh trade in emas perhiasan..

    ReplyDelete
  2. Yaayyyy... dapat lah 2 urat.. tak dapat pakai raya, pakai terus harian je lah.. biar puas hati membeli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...drpd simpan yg putus2 tu, baik cari yg elok boleh dipakai...

      Delete
  3. wow not bad rege nya tu! saya memang gold lover..time tak mampu beli yg besar, saya beli yg kecik2 ajer! asalkan dpt beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 ada jugak checkout dekat shopee..tapi trusted brand la...

      Delete
  4. Itulah, saya pun terkejut hari tu. Bila tanya kedai emas. Last check beberapa tahun lepas. Banding harga emas tahun ini, banyak beza naiknya. Tapi saya tak beli. Ar-rahnu, nak pakai duit, beli laptop anak. Hehe...Alhamdulillah, patut orang kata emas ini, pelaburan yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sangat bagus...tapi jgn invest penuh dekat situ...

      Delete
  5. Sy dah lama tak masuk kedai emas, takut ahaha 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun lama...sebab ada yg putus2 tu ja masuk...

      Delete
  6. Harga emas sekarang turunn naik. Sis jemu pakai emas design sama, paling tidak 3/4tahun dah trade in tukar lain.. gitu je laa kejenya.. ada juga niat nak daftar PG ni dulu, tapi sebab apa lupa pulak tak jadi buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun x pernah daftar PG, walk in terus...

      Delete
  7. Setuju dengan Puan Hazel... hahaha

    ReplyDelete
  8. Sha ini ada ja emas tapi lepas buat Mammogram hari tu terus tak pakai dah.. Memang mahal harga dia sekarang..

    ReplyDelete
  9. Dapat yang kecil halus pun suka sangat dah.. apalagi yang besar.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. Lumayan sangat, nampak kecik halus tapi nilainya lebih RM4 ribu.

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Untung bagi yg simpan awal...kalo nak beli sekarang...kena fikir banyak kali...

      Delete
  12. Dah jual juga sebab kurang pakai, anak solehah pun tak berkenan. Tinggal satu dua yang dapat masa kawin dan mak bagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala kak naper jual...bagus untuk masa depan...tapi tu la lain org lain cara kan...

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. kedai emas bwh opis..pasti tk senang duduk nk menengok je kan

    ReplyDelete
  15. Saya sejenis yang tak gemar pakai barang kemas. Yang saya pakai skrg pun pemberian arwah atok (upah sebab tolong jaga kedai sementara tunggu result SPM), cincin kahwin dengan gelang dari company lama. Sebab tu saya kurang arif bab jual beli emas hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan la jenis nak pakai 2-3 urat kat lengan..tapi emas ni mmg keperluan kalo terdesak...jadi simpan la sikit2...

      Delete
  16. Saya simpan emas PG ni jugak, tapi dlm bentuk bar dan dinar. PG jewels tk pernah try lagi.
    Rate emas PG mmng agak mahal kalau nk dibandingkan kedai jewel yg lain. Tpi kalau jual emas, dia ambil harga yg tertinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yg menyimpan dekat PG ni...kadang2 tgk dekat machine depan kedai tu org membeli bar tu puluh2 ribu...telan air liur tgk...

      Delete
  17. Kak SA dah lama x masuk...ghisau la...risau kalau terjebak seutas dua..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk tgk2 X per...Kalo terbeli Tu parah nk membayar...

      Delete
  18. Emas dan perempuan tak dapat dipisahkan gitu. Pernah rantai putus, hantar kat habib semula. Upah RM80 macam tu. Sayang pulak nak jual.
    Teirma kasih share infonya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari simpan yg putus and patah tu baik tukar yg baru..hehe

      Delete
  19. Lumayan juga yg di dapat. Saya kalau emas suka, tp gold bar. Emas perhiasan memang tak nak 🤣. Semua perhiasan emas yg dikasih suami saat nikah, saya jual saat harga tinggi, lalu beli gold bar. Krn memang niatnya utk investasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus simpan gold bar...harga pun lebih baik...untuk masa depan

      Delete