3 Rempah ni saya selalu guna untuk masak.
Untuk memudahkan kerja saya akan kisar halus ketiga - tiga rempah ni...
Bila nak masak terus guna sahaja.
1) Jintan manis - 5 sudu besar
2) Jintan putih (nama jer putih tapi gelap) - 4 sudu besar , jintan putih kena kurangkan kuantiti sebab bau dia kurang best
3) Lada hitam - 3 sudu makan (nak lebih pun boleh)
Sangai (goreng tanpa minyak) semua rempah guna api kecil sampai bau wangi
Sejukkan, kisar halus
Pengisar saya x berapa nak halus, jadi saya tapis untuk dapat tekstur halus mulus.
3 rempah ni macam-mcam masakan boleh guna antaranya:-
1) Sup ikan tapi kena tambah rempah lain jugak tak perlu tumbuk campak jer rempah lain tu..selalunya kayu manis, bunga lawang, pelaga, lada putih
2) Masak kicap berempah - guna sikit jer rempah ni nak bagi naik bau, ada orang x suka bau rempah. Terpulang masing-masing...
3) Asam pedas - Melaka version x silap, saya guna rempah ni jugak tambah dalam asam pedas
4) Sup daging atau sup tulang - Lebih kurang sup ikan
5) Perap ayam untuk goreng atau bakar
6) Rendang daging atau rendang ayam - ada tambahan rempah ketumbar
7) Sambal ayam atau ikan berempah
Ada rempah macam ni lebih mudah nak masak...
ada jer yang jual serbuk tapi suka yang buat sendiri, lagi wangi dan tahu kandungan dalam rempah tu..
Oh, bagusnya Sueann buat rempah sendiri. Sy ada beli yg serbuk jugak, sampai keras tak masak. Sy tak pandai sgt penggunaan rempah ratus macam ni.
ReplyDeleteTok Peah mmg pengguna tegar rempah, nak x nak kena inherit jugak la skill masak dia tu...
Deletekt umh byk yg serbuk ..kalo yg kasar mcm lada hitam tu ada
ReplyDeletemudah kerja pakai serbuk tu...kalo yg kasar nak kena tumbuk or blend pulak kan...
DeleteRajin Sueann, sangai dan kisar rempah sendiri je. Saya jarang guna, yang ada dalam peti ais tu, jenis serbuk. Ada juga jenis kasar, nak kena check expired date, beli, tapi tak guna. 🙈
ReplyDeleteBeli x guna tu biasa....
Deletelinda tak reti sangat guna rempah...yang ada dekat rumah kulit kayu manis dengan bunga lawang, lada hitam je
ReplyDeleteok la tu ada rempah basic...
DeleteJarang sangat guna jintan putih atau manis.. tak ingat masak apa baru bubuh.
ReplyDeleteada certain masakan jer pakai rempah...banyak instant sekarang ni kan...
Deletesaya ni tak berapa reti bab2 masak so jintan2 tu saya masih kurang kenal hahahah memang kena google laa agar tak confused
ReplyDeleteIt's ok saya pun masih google...
DeleteCie pulak guna jintan manis, jintan putih dan ketumbar sangai & blend. Buat nasi arab selalu guna. Atau nak perap ayam guna jugak.
ReplyDeleteketumbar pun saya ada buat, tapi asing from rempah yang ni...x selalu guna..
Deletebetul la...jintan putih tu nama jer putih tapi gelap..🤣 Bagus menggunakan rempah ratus dalam masakan..sedap dan beraroma
ReplyDeleteAroma tu yg buat masakan sedap...
Deletesenang dah ada & siap mcm ni..buat extra2
ReplyDeleteAah...kadang2 x tahu nak masak apa...tgh2 prep bahan baru la idea masuk...tak la kelam kabut nak menumbuk or mengisar time tu...
Deletesebagai org yg tak pro memasak sangat, saya akan elakkan masak apa2 benda yg guna rempah hehe. kita masak simple2 je
ReplyDeleteMasak simple tu mmg selalu...Kadang2 nak juga rasa yang ada rempah...
Deletelada hitam ammi memang slalu guna tpi jintan manis & putih tu ammi pun kadang2 jadi blur tak tau nak pakai untuk apa. nak masak kari pun dah jarang2. lagi2 sekarang ni semua beli yang dah siap jadi powder
ReplyDeleteInstant tu lagi mudah..ni sajer buat kerja extra...
DeleteBagus juga kalau dah dikisar halus jadi 1 ya kak. Mengurangi waktu memasak. Tinggal tambahkan rempah lain yg kurang 👍👍.
ReplyDeleteTp pernah dulu saya buat racikan bumbu sup Klaten (kota di Jawa tengah) . Trus masaknya cuma sekali. Kemudian sisa bumbu saya simpan dlm toples. Tp terlupa. Sampaaaai beberapa bulan kemudian, dan macam kena kutu bubuknya 🤣🤣. Bergumpal dan aroma sudah tak sedap hahahha. Jadi memang sejak itu saya pastikan kalo buat lagi, jangan sampai masaknya cuma sekali 😅
Buat sikit2 jer...jgn banyak...pernah jugak jadi mcm kutu bubuk tu...kena simpan dalam tight container....or dlm kulkas Fanny...
DeleteBagus juga kan buat macam ni. Senang terus masuk je tak payah nak sediakan dah. Jimat masa memasak.
ReplyDeleterajin sangat.
ReplyDeletememudahkan kerja memasak namanya.