3 Rempah ni saya selalu guna untuk masak.
Untuk memudahkan kerja saya akan kisar halus ketiga - tiga rempah ni...
Bila nak masak terus guna sahaja.
1) Jintan manis - 5 sudu besar
2) Jintan putih (nama jer putih tapi gelap) - 4 sudu besar , jintan putih kena kurangkan kuantiti sebab bau dia kurang best
3) Lada hitam - 3 sudu makan (nak lebih pun boleh)
Sangai (goreng tanpa minyak) semua rempah guna api kecil sampai bau wangi
Sejukkan, kisar halus
Pengisar saya x berapa nak halus, jadi saya tapis untuk dapat tekstur halus mulus.
3 rempah ni macam-mcam masakan boleh guna antaranya:-
1) Sup ikan tapi kena tambah rempah lain jugak tak perlu tumbuk campak jer rempah lain tu..selalunya kayu manis, bunga lawang, pelaga, lada putih
2) Masak kicap berempah - guna sikit jer rempah ni nak bagi naik bau, ada orang x suka bau rempah. Terpulang masing-masing...
3) Asam pedas - Melaka version x silap, saya guna rempah ni jugak tambah dalam asam pedas
4) Sup daging atau sup tulang - Lebih kurang sup ikan
5) Perap ayam untuk goreng atau bakar
6) Rendang daging atau rendang ayam - ada tambahan rempah ketumbar
7) Sambal ayam atau ikan berempah
Ada rempah macam ni lebih mudah nak masak...
ada jer yang jual serbuk tapi suka yang buat sendiri, lagi wangi dan tahu kandungan dalam rempah tu..
Oh, bagusnya Sueann buat rempah sendiri. Sy ada beli yg serbuk jugak, sampai keras tak masak. Sy tak pandai sgt penggunaan rempah ratus macam ni.
ReplyDeletekt umh byk yg serbuk ..kalo yg kasar mcm lada hitam tu ada
ReplyDeleteRajin Sueann, sangai dan kisar rempah sendiri je. Saya jarang guna, yang ada dalam peti ais tu, jenis serbuk. Ada juga jenis kasar, nak kena check expired date, beli, tapi tak guna. 🙈
ReplyDelete