Friday, October 31, 2025

Kedai Nasi Kandar Paling Bersih Saya Pernah Jumpa - Nasi Kandar Nawab Shah

Salam...Kedai ni selalu jer saya singgah makan...x terasa pun nak buat entry...Moh ler kita up satu...

Kedai ni buka 8.30 pagi...
Tapi x der la pelbagai menu dia..
Cuma ada nasi and lauk pauk...
Kalo tahu Atin Crepe yang famous dekat Tik Tok tu...kedai ni dekat sangat....
Banyak jugak org tapau nasi kandar ni saya tengok bila hari cuti...
Mungkin nak bawa balik mana2..
Saya nak Highlight kebersihan kedai ni jer..
Rasa Makanan ikut cita rasa masing2
Boleh la kalo rindu nasi kandar..bagi saya..


Tepi jalan jer...on way Jalan Lama Sungai Petani nak pergi Tikam Batu or Kepala Batas boleh nampak kedai ni belah kiri



Nampak biasa jer kedai dia...tapi bersih


Time ni hujan..sejuk sedap dapat makan nasi...dalam pkl 8 lebih ni


Nasi Kandar...


Sebab apa saya kata bersih...sinki dia berkilat...kalah sinki dekat rumah...
Meja pun semua nampak macam baru, well maintain orang kata



 

31 comments:

  1. Kalau sinki berkilat memang tanda kedai tu bersih, sebab dia boleh jaga hal yang nampak remeh.

    ReplyDelete
  2. awal kedai ni buka..kalau dekat saya jamin saya pelanggan setia,saya peminat nasi kandar tapi di kuantan ni tak jumpa lagi yang kena dengan tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat sini banyak kedai...cuma kena pandai pilih...

      Delete
  3. Suka betul gerai yang bersih macam ini..

    ReplyDelete
  4. suka kedai yang sinki bersih. Kalau lunch jumpa sinki penuh sisa makanan dan berkerak terus bayangkan dapur dia. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak makan kena pandang sekeliling kedai dulu...

      Delete
  5. Bagusnya jarang jumpa kedai sinki berkilat ni. Memang kerja menyental jela tu. Bagus penbersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x tau bila dia sental...mmg bersih sentiasa...

      Delete
  6. Nampak shining lantainya...biasanya kalau sink bersih..in shaa Allah bersih la tu...Alhamdulillah...semoga perniagaan mereka diberkati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sahabat zakat Kedah tu...mmg extra la berkat...

      Delete
  7. betul bersih.. moga suka tengok sinki dia

    ReplyDelete
  8. typo: moga maju perniagaannya.. suka tengok sinki dia

    ReplyDelete
  9. Indicator kebersihan yang bagus tu for kedai makan, InshaAllah 🤓

    ReplyDelete
  10. Kadang geli nak tengok singki kedai, nanti hilang selera. Tapi kedai ni bagus, nampak bersihnya tu.

    ReplyDelete
  11. Ha ah, selalu kat kedai makan, nampak sinki ada sisa-sisa sambal la, tak berkilat macam kedai nasi kandar Sueann share ni. 👍

    ReplyDelete
  12. bila kedai bersih, kita pun jadi berselera nak makan situ. mmng bersih betul sinki nya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan berselera jer...mmg akan selalu datang...

      Delete
  13. Aiiiiih tak pernah coba nasi kandar sini 😍😍😍. Ini memang fav saya kak. Tiap ke Penang, tak pernah lupa nasi kandar. Memang bersih sangat wastafel dia 👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kedai makan Nasi Kandar ni...tapi kena pandai pilih...

      Delete
  14. Kalau balik kampung bolehlah singgah makan sini ek.

    ReplyDelete
  15. berkilat sinki nya..peminat nasi kandar pasti suka

    ReplyDelete
  16. Sinki berkilat, memang tanda bersih lah.

    ReplyDelete
  17. kena support those restoran yg bersih gini

    ReplyDelete
  18. Seronok kalau dpt tmpt yg bersih macam utk makan nasi kandar..

    ReplyDelete