Salam Selamat Hari Guru...
Guru Didoakan Makhluk Di Langit, Bumi dan Lautan
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ
Daripada Abu Umamah Al Bahili ia berkata; " Disebutkan kepada Rasulullah SAW tentang dua orang lelaki: salah seorangnya adalah ahli ibadah (abid) dan yang seorang lagi adalah orang berilmu (alim), kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Keutamaan seorang alim dari seorang abid seperti keutamaanku dari orang yang paling rendah di antara kalian, " kemudian baginda melanjutkan sabdanya: "Sesungguhnya Allah, MalaikatNya serta penduduk langit dan bumi bahkan semut yang ada di dalam sarangnya sampai ikan dilautan, semuanya akan berselawat (mendoakan) untuk orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." (HR Tirmizi No: 2609) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Kedudukan orang berilmu yang beramal adalah lebih utama daripada seorang ahli ibadah. Ahli ibadah adalah mereka yang beribadah secara individu, seperti solat, puasa, dan zikir. Mereka beribadah hanya untuk amalan peribadi tanpa memberi manfaat besar kepada orang lain. Sedangkan Ahli ilmu adalah mereka yang tidak hanya mengamalkan ilmu mereka sendiri, tetapi juga menyebarkan ilmu dan mengajar kepada orang lain kebaikan.
2. Ibn Rajab al-Hanbali dalam Fadhl 'Ilm al-Salaf menyatakan bahawa hadis ini menunjukkan keutamaan ilmu dan pengajaran ilmu kerana orang yang berilmu bukan sahaja beramal untuk dirinya, malah menyampaikan manfaat kepada orang lain.
3. Guru yang memiliki ilmu dan mengajar serta membimbing orang lain untuk menjadi insan soleh dan bertaqwa akan didoakan kebaikkan oleh semua makhluk di langit, bumi dan di dalam air.
4. Fudlail bin Iyadl berkata; "Seorang alim yang mengamalkan ilmunya dan mengajarkan ilmunya akan dipanggil dengan kebesaran oleh para Malaikat yang ada di langit."
5. Nabi SAW membandingkan keutamaan seorang alim dengan ahli ibadat adalah seperti keutamaannya berbanding orang yang paling rendah di kalangan sahabatnya. Hal ini menunjukkan betapa tinggi kedudukan orang yang berilmu dalam Islam.
6. Hadis ini sangat penting sebagai dorongan untuk kita mencari ilmu dan berusaha mengajarkan kebaikan kepada orang lain, kerana ia adalah satu amalan yang bukan hanya memberi manfaat di dunia tetapi juga akan memberi ganjaran yang sangat besar di sisi Allah.
SELAMAT HARI GURU
18hb Zulkaedah 1446H
16hb Mei 2025
Saya copy paste from whatsapp...
Baru nak cerita pasal gift...simple jer saya buat...
SubhanAllah, betul-betul menyentuh hati. Hadis ini mengingatkan kita betapa mulianya peranan guru dalam menyebarkan ilmu dan membimbing insan. Ilmu yang dikongsi bukan sahaja memberi manfaat di dunia, tapi juga menjadi amal jariah yang pahalanya berterusan. Terima kasih kepada semua guru yang tidak pernah jemu mendidik dan berkongsi ilmu dengan penuh kesabaran. Semoga segala kebaikan dan keberkatan sentiasa mengiringi langkah mereka. Selamat Hari Guru! 🌹📚✨
ReplyDeleteSama2 kita berpesan...semua org guru bila ada rasa nak menyampaikan benda baik...
DeleteAllahuakbar semangat ibu-ibu demi hadiah utk hari guru tu sgt bermakna buat semua guru :)
ReplyDeleteHarus semangat...moga anak2 juga dapat berkat ilmu yang guru sampaikan...
DeleteMenarik hadiahnya...
ReplyDeleteTerima kasih kongsi ilmu 👆🏻
Simple sahaja PH...sama2
Deletealhamdulillah. menarik hadiah nya...
ReplyDeletesekolah Iris belum buat sambutan lagi sbb diaorang tgh exam
Simple sahaja MA...
DeleteGuru pemacu transformasi negara!
ReplyDeleteMoga ank2 juga mahu berjuang untuk masa depan...
DeletePernah bagi gift untuk lecturer Dania tapi ada satu lecturer ni kata tak buka sehingga habis bagi markah final kat Dania. Niat umminya bagi hadiah sebab lecturer ni terlalu komited dan tak ada kena mengena dengan nak markah yang lebih. Akhirnya Dania tukar program dan tak jumpa la lecturer tu. Selepas itu, tak berani nak bagi hadiah dah takut disalah anggap. Kalau time bersekolah dulu memang ada bagi hadiah.
ReplyDeleteMungkin lecturer tu serba salah...x pernah terima hadiah agaknya...Xper tangan memberi tu lebih baik drpd yang menerima..
DeleteKreatif lah Sueann... nice.
ReplyDeleteDulu tak terfikir pun nak bagi kerongsang dan butang baju Melayu.
tahun lepas bagi mug, kesian tgk ank bawa berat...tahun ni bagi yg mudah...mmg untuk kegunaan seharian...
DeleteRajin, hadiah Sueann buat sendiri. Semoga cikgu-cikgu gembira dan terus semangat mendidik anak-anak kita.
ReplyDeleteKena buat sebab ada 11 cikgu ank nak beri...
DeleteAlhamdulillah.. Menarik idea ini..
ReplyDeletekadang2 buntu kan...saya sebagai mak cuba yg terbaik...
DeleteTanpa guru, siapalah kita tanpa ilmu yang dicurahkan. Jasa guru tetap di kenang sampai bila-bila. Dah jadi trend dan banyak isu tentang hadiah hari guru ni. Apapun pemberian dari ibu bapa dan murid, sudah tentu guru menghargainya. Tak terbalas jasa guru-guru semua. Selamat hari guru buat semua pendidik. Menarik juga hadiah hari guru macam ni. Good idea.
ReplyDeleteHadiah tu dah nampak perfect dah...cantik sangat...kalau kak SA yang dapat ni..memang akan rasa terharu...for me elok la bagi sedikit hadiah menggembirakan cikgu supaya mereka rasa dihargai, ikutkan nilai hadiah tu x sama pun dengan nilai usaha mereka mendidik anak- anak kita kan
ReplyDeleteComel hadiah untuk hari guru. Apa pun pemberian dari ibu bapa , anak murid kepada guru² terima lah seadanya . Terima seikhlasnya.
ReplyDelete