Wednesday, January 22, 2025

Boleh Skip Bayaran CP500 sekiranya...

Salam...dah dapat jadual bayaran CP500 daripada LHDN ker? Tanya jer...

Rata2 pembayar cukai akan dapat jadual ni daripada LHDN bulan January....dulu sampai surat dekat rumah...tapi diorg lagi advance email terus...

Kita boleh skip bayaran CP500 jika kita ada potongan cukai pegangan (witholding tax) atau bayar zakat. Setahu saya 2 perkara ni la...macam mana nak skip bayaran tu, cara dia kena request dekat LHDN...Isi borang CP502..mana nak cari borang ni...dalam laman web LHDN...pilih borang...lepas tu lain2 borang


Isi semua maklumat, nilai letak 0.00 jer...buat nota sikit kata saya bayar zakat or others..

CP500 tu wajib bayar tau, kalo x bayar ada penalty..so nak elak kena penalty isi la borang CP502..kalo bekerja dengan majikan boleh majikan buat potongan gaji...kalo kerja sendiri...pandai2 la manage...lepas hantar CP502...pergi kaunter LHDN atau email to them...tapi kena email kepada pegawai yang incharge la...kalo email random sahaja...takut x sampai CP500 tu... LHDN akan keluarkan satu surat batal notis bayaran ansuran untuk tahun tersebut. Semoga bermanfaat..


No comments:

Post a Comment

Gunung Jerai

Sempena tahun melawat Kedah 2025, kita bawa tourist (Family Adik) pergi melawat Gunung Jerai...Sebelum datang hari tu ada dia sebut2 nak per...