Wednesday, December 2, 2020

Cara nak lepaskan tekanan

 


Sumber gambar Google


Menjerit Dalam Kereta Sorang-sorang

Sambil tengah drive tu ko jerit sorang2 dalam kereta...make sure tempat lalu lalang tu kurang orang..kang ada yg ternampak kata kurang siuman pulak..nak menjerit dalam bilik air org lain dengar...kurang2 kalo tgh drive sorang2 tu kita aja...+malaikat or setan ☺...

try la mana tau boleh kurangkan tekanan..tambah pulak bila balik kerja...lepas mengadap kerja dekat office ...balik rumah nak mengadap rumah pulak...sampai depan rumah boleh la senyum sikit...☺

PS: paling adfal zikir...Afdal Zikri (la ilaha illallah)


Friday, November 27, 2020

ALLAHUMMA YA BARIQ

 Perkongsian Ustazah Asma Harun,


Macam mana dia boleh uruskan rumahtangga dengan jadual ceramah yg padat...

Ustazah hanya minta pada Allah untuk uruskan kehidupan harian dia..

Bariq - Nama Allah dalam Athma Ul Husna maksudnya yang menguruskan

Setiapa pagi selepas solat / sebelum solat subuh,baca:-

     Allahumma (Ya BARIQ 40X)

lepas tu doa 

( Ya Allah , aku serahkan hidupku, anak2ku, suamiku, dan seluruh kehidupanku untuk di uruskan oleh Mu, Ya Allah.)

Moga Uruskan kita dipermudahkan..

Trick Syampoo Murah untuk hilangkan kelemumur

 Gatal, rimas, berbau dan tak selesa...macam - macam cara guna untuk hilangkan kelemumur...ada yang sanggup beli syampoo mahal2...depan packaging tulis anti ketombe...dandruff syampoo tapi hasilnya sama jugak...ada jugak bagi petua letak clove (cengkih) dalam syampoo...susah nak hilang terus kelemumur ni...tapi kalo konsisten jaga, akan dapat result A+ ☺...

My tips...beli syampoo murah pun x per (apa2 jenama) and beli syampoo pristine ni dekat farmasi (yg ni pun harga dia dalam RM20+) mungkin orang kata yg ni mahal tapi..............

dah beli kedua - dua syampoo ni, dropkan syampoo pristine ni dalam 5-6 titik dalam syampoo satu lagi...goncang2 kan and terus guna....hari2 cuci...In Sya Allah rasa gatal, rimas, berbau and x selesa tu akan berkurang hari ke hari...

sebab apa saya kata murah sebab kita beli syampoo biasa sahaja (saya beli syampoo sunsilk hijab) and drop jer syampoo pristine beberapa titik...kalo darab bahagi murah la...syampoo pristine tu boleh guna lama...

Selamat mencuba


Saturday, November 14, 2020

Peyek cheese sedap


Waktu husband bawa balik balang peyek cheese ni....terus kata dkt dia...sedap ker?...mmg kalo nak cuba benda baru ada perasaan lain macam sikit...

Padahal x rasa lagi...my opinion selepas rasa peyek cheese ni...ada rasa cheese..x berminyak ....peyek dia crispy...x ada rasa hapak...tu paling cun...cuma warna cheese dia mengerikan...sebab warna Oren...

Boleh la repeat lagi..harga pun dalam RM11++...

Bila anak dah nak diri dia dipanggil "Abang"


Baru jer rasanya beranakkan dia...minggu ni bila kita panggil dia adik...dia kata pulak dkt kita "ni abg la"....rasa nak cry...cry...sedih...

Sedih bukan apa...baby kita pegang dulu dah besar...😭😭😭😭....

Asalnya saja kata dengan dia...x boleh panggil adik dah sebab mama yg jaga dia nak jaga baby pulak...nnt confuse...Mana satu yg besar dan yg kecik...

Mummy pulak yg lebih2...

Thursday, October 22, 2020

KEK Batik mudah

Unplan...Bahan Ada...terus jadi...selalunya gini la...benda kita rancang kadang2 x menjadi...plan asal nak buat puding trifle...
Sebabkan biskut marie dh buka oleh anak bertuah...terpaksa buat jugak la kek batik ni...kalo dibiarkan boleh rosak biskut tu nanti...kalo diolah begini boleh jugak di kc kan ke org lain merasa...

Bahan-bahan:-
1 paket biskut Marie (i suka jenama Tiger /Munchys)
1 cawan marjerin/ butter
1 cawan susu pekat manis
1 cawan Milo

Cara buat:-
Masukkan kesemua bahan kecuali biskut marie ke dalam kuali masak dengan api yang perlahan, to make sure bahan2 masak sekata dan tak hangit. Masak sampai keluar bubble mcm dekat, lepas keluar bubble mcm ni masak lagi dalam 5 minit...tutup api masukkan biskut marie yang telah dipecahkan kepingan


Tuangkan dalam loyang lapik plastik or baking paper (untuk mudahkan kerja memotong nanti)...mampatkan adunan tadi dengan plastik bungkus biskut marie. Sure x melekat....pakai senduk pun boleh tapi nak menekan dia ambil masa...kalo pakai plastik tu cepat sikit dah kurang melekat..





hari ni bagi kawan2 office merasa sorang sikit...kata deme sedap...alhamdulillah



Thursday, October 1, 2020

Petua jarang dengar (rare la sikit)

Uncang teh atasi keletihan mata 
Jangan buang uncang teh yang sudah dipakai. Letakkannya di mata terlebih dahulu selama 10 minit untuk mengatasi keletihan mata. Petua ini jarang kita dengar. Namun, ia agak popular di kalangan wanita United Kingdom. 

Sudu sejuk mengurangkan bengkak pada mata 
Anda cuma perlu sejukkan sudu besi semalam. Keesokan pagi letakkan sudu sejuk tersebut di kelopak mata sebelum anda bersolek. Kesannya, bengkak pada bawah mata anda tidak jelas kelihatan. Kalau anda hendak tahu, petua ini juga di amalkan oleh Miranda Kerr, model popular Victoria Secret. 

KAKI 

Pakai stoking ketika tidur untuk kaki licin 
Sebelum tidur, sapukan krim pelembap pada kaki dan tidur menggunakan stoking. 

Cukur bulu kaki dengan perapi rambut 
Jika anda alergi dengan produk pencukur tertentu, perapi rambut mungkin berkesan untuk anda yang sering mengalami kegatalan kulit kaki selepas bercukur. 

Pedicure ikan 
Anda boleh mendapatkan khidmat ini di kedai refleksologi yang ada menawarkan rawatan kaki. Ikan – ikan kecil ini akan memakan sel-sel mati pada kaki anda. Cuma anda perlu tahan rasa geli ketika ikan – ikan ini mengigit ya. 

ANGGOTA BADAN YANG LAIN 

Soda bikarbonat untuk gigi putih 
Campurkan satu sudu kecil soda bikarbonat dengan ubat gigi anda. Hasilnya, gigi akan lebih putih. 

Gincu sebagai pemerah pipi 
Jika anda kehabisan pemerah pipi dan belum sempat membelinya, calitkan sedikit gincu pada pipi dan ratakan. 

Mandi air sejuk untuk payudara tegang 
Ada wanita mempercayai bahawa dengan mandi air sejuk, payudara mereka akan sentiasa tegang. Bukan sahaja payudara, malah seluruh anggota badan juga. 

By Nurfarrahin Huda Izamir | Tupai – Mon, Jul 22, 2013 5:01