Uncang teh atasi keletihan mata
Jangan buang uncang teh yang sudah dipakai. Letakkannya di mata terlebih dahulu selama 10 minit untuk mengatasi keletihan mata. Petua ini jarang kita dengar. Namun, ia agak popular di kalangan wanita United Kingdom.
Sudu sejuk mengurangkan bengkak pada mata
Anda cuma perlu sejukkan sudu besi semalam. Keesokan pagi letakkan sudu sejuk tersebut di kelopak mata sebelum anda bersolek. Kesannya, bengkak pada bawah mata anda tidak jelas kelihatan. Kalau anda hendak tahu, petua ini juga di amalkan oleh Miranda Kerr, model popular Victoria Secret.
KAKI
Pakai stoking ketika tidur untuk kaki licin
Sebelum tidur, sapukan krim pelembap pada kaki dan tidur menggunakan stoking.
Cukur bulu kaki dengan perapi rambut
Jika anda alergi dengan produk pencukur tertentu, perapi rambut mungkin berkesan untuk anda yang sering mengalami kegatalan kulit kaki selepas bercukur.
Pedicure ikan
Anda boleh mendapatkan khidmat ini di kedai refleksologi yang ada menawarkan rawatan kaki. Ikan – ikan kecil ini akan memakan sel-sel mati pada kaki anda. Cuma anda perlu tahan rasa geli ketika ikan – ikan ini mengigit ya.
ANGGOTA BADAN YANG LAIN
Soda bikarbonat untuk gigi putih
Campurkan satu sudu kecil soda bikarbonat dengan ubat gigi anda. Hasilnya, gigi akan lebih putih.
Gincu sebagai pemerah pipi
Jika anda kehabisan pemerah pipi dan belum sempat membelinya, calitkan sedikit gincu pada pipi dan ratakan.
Mandi air sejuk untuk payudara tegang
Ada wanita mempercayai bahawa dengan mandi air sejuk, payudara mereka akan sentiasa tegang. Bukan sahaja payudara, malah seluruh anggota badan juga.
By Nurfarrahin Huda Izamir | Tupai – Mon, Jul 22, 2013 5:01
(*-*)twing...twing... :-) Saya mengutarakan apa yang saya lihat, saya nak tahu dan saya rasa menarik untuk di kongsi...sekiranya terdapat kekhilafan daripada saya mohon maaf saya pinta dan tolong betulkan k..saranan yang membina amat saya alu-alukan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Salam.....jangan terkejut tau bulan ni dapat bill elektrik panjang.. Saya dh terima bill panjang tu sekali dengan notes mcm dlm video tu......
-
Salam...Hari Sabtu Ahad rasa x cukup tangan buat kerja...yer la 2 hari seminggu jer yg ada untuk buat segala benda...hari biasa buat jugak k...
-
Salam...Next Entry nak cerita hari Ahad pulak.. Banyak story kita cerita mana yg sempat jer la... Pagi Ahad saya rasa nak bangun lambat siki...
No comments:
Post a Comment