Friday, May 16, 2025

Melawat Kawasan


Salam...Tok Peah berhasrat nak buat korban tahun ni...
Saya buat la carian
Mostly banyak yang buat Raya Haji ke-2
teringat pernah whatsapp dengan org jual daging
tanya dia buat korban ker
ada dia kata
Alhamdulillah dapat jumpa yang dekat
Sebahagian RM800.00 lembu bonggol tu
kalo lembu kecil RM650.00

Semalam owner lembu ajak pergi melawat...jalan2 la kitaorg sambil tgk lembu...
Senang katanya hari raya ni... x perlu tercari2 tempat..
Moga mudah la prosesnya di hari kejadian..

 

Thursday, May 15, 2025

Gift Hari Guru

 Salam Selamat Hari Guru...

Guru Didoakan Makhluk Di Langit, Bumi dan Lautan


عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ


Daripada Abu Umamah Al Bahili ia berkata; " Disebutkan kepada Rasulullah SAW tentang dua orang lelaki: salah seorangnya adalah ahli ibadah (abid) dan yang seorang lagi adalah orang berilmu (alim), kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Keutamaan seorang alim dari seorang abid seperti keutamaanku dari orang yang paling rendah di antara kalian, " kemudian baginda melanjutkan sabdanya: "Sesungguhnya Allah, MalaikatNya serta penduduk langit dan bumi bahkan semut yang ada di dalam sarangnya sampai ikan dilautan, semuanya akan berselawat (mendoakan) untuk orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." (HR Tirmizi No: 2609) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Kedudukan orang berilmu yang beramal adalah lebih utama daripada seorang ahli ibadah. Ahli ibadah adalah mereka yang beribadah secara individu, seperti solat, puasa, dan zikir. Mereka beribadah hanya untuk amalan peribadi tanpa memberi manfaat besar kepada orang lain. Sedangkan Ahli ilmu adalah mereka yang tidak hanya mengamalkan ilmu mereka sendiri, tetapi juga menyebarkan ilmu dan mengajar kepada orang lain kebaikan.

2.  Ibn Rajab al-Hanbali dalam Fadhl 'Ilm al-Salaf menyatakan bahawa hadis ini menunjukkan keutamaan ilmu dan pengajaran ilmu kerana orang yang berilmu bukan sahaja beramal untuk dirinya, malah menyampaikan manfaat kepada orang lain.

3.  Guru yang memiliki ilmu dan mengajar serta membimbing orang lain untuk menjadi insan soleh dan bertaqwa akan didoakan kebaikkan oleh semua makhluk di langit, bumi dan di dalam air.

4.  Fudlail bin Iyadl berkata; "Seorang alim yang mengamalkan ilmunya dan mengajarkan ilmunya akan dipanggil dengan kebesaran oleh para Malaikat yang ada di langit."

5.  Nabi SAW membandingkan keutamaan seorang alim dengan ahli ibadat adalah seperti keutamaannya berbanding orang yang paling rendah di kalangan sahabatnya. Hal ini menunjukkan betapa tinggi kedudukan orang yang berilmu dalam Islam.

6.  Hadis ini sangat penting sebagai dorongan untuk kita mencari ilmu dan berusaha mengajarkan kebaikan kepada orang lain, kerana ia adalah satu amalan yang bukan hanya memberi manfaat di dunia tetapi juga akan memberi ganjaran yang sangat besar di sisi Allah.

SELAMAT HARI GURU

18hb Zulkaedah 1446H

16hb Mei 2025

Saya copy paste from whatsapp...

Baru nak cerita pasal gift...simple jer saya buat...

Isi dalam untuk cikgu perempuan keronsang...lelaki butang baju melayu

On top of isi dalam

Hasilnya

Ada la 11 bekas..

Tak seberapa dengan ilmu yang cikgu2 curahkan untuk anak saya...

Keberkatan ilmu yang saya pinta daripada cikgu2 yang mengajar anak saya...





Wednesday, May 14, 2025

Lama dah Peram Kehendak


Salam...kehendak yang saya maksudkan bukan motor tu...no plate tu...saya bid last year May 2024..JPJ bagi masa setahun jer yer nak daftar no plate tu...


Excited betul tggu no plate tu keluar...bertahun2 menunggu...
X lena tido tggu keputusan bid JPJ
May 2024 berjaya bid tanpa pencabar...mcm la no plate tu unik...
Unik dekat hati saya

May 2025 dah nak sampai hujung tanduk baru terhegeh2 mencari tempat nak diletak..
nak beli yg lebih besar bukan x mampu...boleh beli tapi komitmen di masa hadapan kita x tahu
jadi jalan penyelesaian beli yg kecik...
siap cakap dekat sales person tu nak paling murah
dapat la seketul tiny bumble bee..
Moga baik2 sahaja awak yer...

Lega rasa bila kehendak tu terlaksana
Macam budak2 kemaruk gula2
dah dapat senyum sampai telinga. 😁
 

 

Tuesday, May 13, 2025

Simpati and Empati

 


Minggu duka buat rakyat Malaysia...lepas kisah Gajah dan anak...Tragedi kumpulan FRU pula...

Saya ada dengar perbincangan tentang Empati dan Simpati ni di TV1 sambil2 masak...
TV dekat dapur untuk Tok Peah dengar berita semasa...jangan bagi dia boring...

Empati tu perasaan lebih mendalam...ada action from kita untuk kurangkan beban orang lain..macam kawan dalam kesusahan kita beri dia sedikit kata2 motivasi, dengar luahan hati dia...dan hulurkan sedikit bantuan untuk orang tersebut..

Simpati lebih kepada mendengar dan berasa kasihan tanpa ada action daripada kita...mcm kita dengar dan luahkan rasa kasihan sahaja...

Terpulang kepada setiap individu...kita yang menilai jangan terlalu belebihan membuat ulasan atau hebahan...dengar, pandang dan fikir dahulu sebelum membuat kesimpulan..Moga kita semua dipelihara dalam lindungan Allah s.w.t



Weekend ++ Kalut

Salam...

My kalut day start from Friday last week, ada sepupu mai melawat Tok Peah..

Saya selalu sebut Tok Peah x berapa sihat...last 2 weeks dia ambil darah GFR turun mendadak jadi 13...from 23 last year...hemoglobin pun turun sikit...effect buah pinggang rosak...kepala ligat memikir kena g dialysis ker Mak aku. Nak kena prepare mental and fizikal...share la report darah mak dekat adik beradik yang lain...ada yang kalut tanya itu ini...ada yang senyap sepi...but...



Friday - Sepupu datang

Saturday and Sunday- Kakak datang

Monday - Wednesday - Abang datang

Sorang jer belum mencemar duli...adik...mmg dia plan nak datang cuti sekolah hujung bulan ni...terus raya haji.

Tuesday early morning bawa Tok Peah g klinik jumpa doctor...perginya pukul 7 pagi balik pkl 10 pagi...lambat sebab kena potong Q patient yang nak ambil darah...1 doctor kena run 3 bilik...around pkl 9.00 baru dapat jumpa doctor, doctor kata ada jer patient dia GFR 5 tapi boleh jalan sana sini...x perlu dialysis...tapi perlu berjaga2...doctor check paru2 mak clear...x ada air...kaki dh ok x berair ...badan x lemah sgt...darah tinggi pun ok...dia kata makan jer ubat buah pinggang (Forxiga - 10mg) plus ubt tambah darah dia bagi tu tgk Tok Peah mcm mana...satu jer kelebihan tok peah x ada kencing manis....makan mmg dia jaga sejak sakit 6 tahun lepas..lega sikit dengar.....Alhamdulillah..kena sentiasa berjaga..

Dalam sibuk2 tu, 2 ketoi demam campak, jangkit from mummy...nasib demam x teruk sgt...tapi kesian penuh bintik satu badan...gatal...lepas bawa tok peah...bawa abg g klinik nak ambil MC untuk sekolah....doctor kata kenapa x datang awal...Naik jer bintik2 sikit2 terus bawa pergi klinik sebab ada ubat antivirus untuk lawan bintik2 tu merebak...maafkan saya doctor saya x tahu...tu la dengar cakap orang tua2 bagi habis naik bintik2 tu sampai tapak kaki...doctor tambah lagi...makan jgn pantang yer...air kelapa tu boleh la...mandi jgn skip....ok doctor...ada lagi doctor pesan, kalo kena kayap pun datang cepat jumpa doctor ada ubat...kalo x seumur hidup kayap tu akan naik balik...baik doctor...

Tok Peah happy anak2 dia datang...makan pun berselera...x ada la ddk baring dalam bilik sajer...Orang tua2 ni anak datang visit pun dh buat dia happy...semua busy plus jauh, x boleh nak dipaksa kehidupan setiap orang... 

Tuesday, May 6, 2025

Quick Meal


Salam....Breakfast saya pagi ni...
Dah breakfast ker?...
Roti Kentang 7E tu hari ni RM1.00 jer tau...saya ambik 4 tadi...berbaloi....
makan dengan Mushroom Soup...
rasanya setiap hari Rabu ada item yang murah dekat 7e...
Kena rajin jenguk...


 

Monday, May 5, 2025

Hadiah Giveaway from blog Secawan Kopi Sekebun Cerita

Salam..

Saya dah up nama baru blog Nur...

Alhamdulillah the parcel dah sampai hari sabtu, rentak nak bercerita dalam blog masih suam2 lagi...lepas demam rasa letih yakmat....

Terima kasih buat Secawan Kopi, Sekebun Cerita atas hadiah2 yang dikirimkan...semoga dimurahkan rezeki selalu...Tahniah buat pemenang yang lain...



Masih simpan rapi lagi hadiah2 ni...buka pun senyap2 dalam bilik...karang kalo nampak 2 ketoi tu...semua jadi hakmilik diorg...

Nak kena p cari tanah ngan pasu nak tanam pokok matahari tu...baru bercita2...laksananya x tau bila...

Sabtu Ahad penuh jadual...

Sabtu pukul 7 pagi dah bawa Tok Peah g klinik...rutin 2 minggu sekali...perginya pukul 7 balik pukul 10.30...dah paling awal tu...doctor awal sampai...nurse belum sampai lagi...registration kaunter x buka lagi...doctor pun pick name randomly...so dapat la no.5...each patient estimate time dia rawat min 30 minutes...kena banyak2 bersabar...lepas tu g kenduri kahwin anak jiran dekat surau...

Ahad...g review IUCD di KK...jumpa doctor..doctor bagi ubat lagi...

Free jer...

Petang geng kakak2 taman buat makan2...diorg kata x puas makan laksa dekat kenuri...jadi bikin sendiri baru best...ok la saya datang makan sahaja...

Saya ada penyakit malas nak buka camera telephone...x tau kenapa...so moment capture kesana sini tu x ada...balik rumah baru menyesal x ambil gambar...

Allah susun jalan hidup yang terbaik untuk kita...Alhamdulillah atas segala nikmat yang dikurniakan Nya....