Thursday, October 9, 2025

Semalam Cuti

 

Salam Jumaat...

Semalam saya cuti pergi klinik, pergi klinik sebab removed IUCD, malam x boleh tido mengenangkan cerita Linda yang ni.

Risau berdebar dibuatnya.
 
Lambat pergi klinik semalam sebab hujan membasahi bumi, awai hujan turun semalam..lebat pulak tu..

Nasib sampai klinik x ramai orang, boleh pulak tggl buku temujanji...
Nasib nurse incharge tu alert, dah simpan buku satu lagi siap2..

Time nak ambil tekanan darah, time tu la dia nak mencanak naik, saya kalo jumpa nurse and doctor, part tekanan darah mmg mencanak naik...
Dekat rumah elok jer bacaannya..walaupun ambil bacaan tekanan darah lepas berlari...

Time jumpa doctor, mcm2 procedure kena buat,
1st kena scan, tiba2 waktu scan tu nampak ada bulatan hitam..
Doctor kata Puan ada cyst ni...
Padahal bulan June hari tu ada jugak buat scan..
X nampak apa2 pun
Doctor kata jangan risau sebab kecik jer (2x3), doctor tekan pun x rasa sakit...nnt kita pantau katanya..
Bila dah ada cyst, Doctor kata not advisable untuk insert IUCD semula...
Kena pakai implant...tu pun mula2 dia kata waiting list
Tapi bila dia call Pharmacy. 
Pharmacy kata ada, so insert implant jugak
Awak ok ker ada 2 tempat sakit ni (ask the doctor to saya)
Angguk ok jer la.
Kena p buat UPT jugak, sebab ni mmg procedure jugak

So smlm lepas buat 2 procedure tu...dapat MC 

Ni nak cerita pasal buah pulak..


Sedap manis buah ni...sangat suka 


Mata Kucing Brazil....belakang rumah mama (pengasuh) ada buah ni..

Merasa la makan buah ni...

Malam husband dengan abg Ifwat pergi surau, saya dah capek...

Tangan lenguh plus berat...


Lapar...masak Spaghetti simple jer

Alhamdulillah kenyang

Pagi ni dapat captured number cantik ni dekat Screen komputer...

Hari ni balik awal, sebab office x dak ayaq...call SADA katanya ada paip bocor...10 jam baru ok..

Monday, October 6, 2025

Keputusan Segmen Bloglist #1 Roziah Muhammad Nor (Oktober – Disember 2025)

Salam...saya dah terlepas keretapi...Maaf sangat2 yer Cie..

Hasil last minute join...Alhamdulillah terpilih...



Terima Kasih Cie atas penghargaan ni...Moga Murah rezeki Cie, diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan urusan...

Beli Ayam Whole Leg

Salam...Hari Sabtu Ahad memang hari top up barang dapur mana yang kurang..Kebetulan dapat pergi membeli sorang2...budak 2 ketoi tinggal...panjang kaki mummy diorg....boleh singgah sana sini...

Singgah kedai jual barang frozen, terjumpa mcm2 part ayam....pilih2 ambil la Whole Leg ni...2kg RM21.60 x silap....besar2...ada 6 pieces...


1 Whole leg penuh pinggan plastic ikea...


Saya Debone senang nak masak apa2 nnt...
Ada jer yg siap debone...tapi mahal la sikit..


Ni perap dengan halia, bawang putih, rempah, gula garam...




Buat kuah Black pepper..tapi x berapa nak menarik..

Resepi hentam:

1 biji bawang besar
1 sudu besar penuh tepung gandum
Butter untuk tumis
200 ml Susu full cream (1 cawan)
200 ml air rebusan ayam (1 cawan)
Sedikit daun sup
2 sudu besar black pepper
1 sudu besar oyster sauce
2 sudu besar kicap (nak warna gelap tambah kicap lagi)
Kiub ayam


Tumis bawang dengan butter api kecil sampai perang
Masukkan daun sup
Masukkan tepung, kacau sampai pekat
Masukkan susu, air rebusan ayam dan black pepper
Tutup api
Blend semua yang dalam periuk sampai smooth
Masukkan semula dalam periuk baru tambah
Oyster sauce, kicap dengan kiub ayam 
Didihkan sampai masak



Ni saya grill atas pan sahaja...dah makan baru nak ambil gambar
Presentation pun main longgok
Sayur x ada
Pisau pun pakai pisau dapur..haha


Ni saya salut dengan bread crumb then goreng

Ifwat kata boleh la mummy...

Thursday, October 2, 2025

Semalam Pergi Surau

Salam..

Bukan nak mendabik dada tau...jarang sekali dapat pergi...risau budak kenit sorang tu x reti duduk diam...risau menganggu jemaah lain...maklum la yang datang tu nenek2...takut diorg x selesa...


Alhamdulillah Allah permudahkan...nak pergi tu doa banyak2...Moga Allah bagi ketenangan buat Uzma jangan mengganggu nenek2 nak beribadat...nak bagi dia duduk diam bagi dia telefon...tu pun waktu Isyak dia dah mula buat perangai...boleh dia lunjur kaki meniarap dekat tempat sujud...nasib x kena orang sebelah...x berapa nak khusyuk juga solat Isyak...


Selang waktu Maghrib and Isyak tu ada bacaan Yasin dan Tazkirah, every week Khamis malam Jumaat mmg ada bacaan Yasin...Selalunya Abg Ifwat dengan Daddy jer dapat pergi...

Malam semalam dapat jugak baca Doa Qunut Nazilah waktu solat Maghrib dengan Isyak...rata2 masjid dengan Surau ada buat bacaan ni kot semalam...Semoga mereka yang di P💗lestin dapat diberikan hak mereka hidup bebas dinegara sendiri...begitu juga dengan mereka yang terlibat dengan Global Sumud Flotilla...Mudah-mudahan dapat dibebaskan dengan segera...

Moga Allah beri perlindungan juga buat negara kita...


Selepas selesai solat Isyak ada jamuan makan nasi...x sempat nak ambil gambar..terkejar2 dengan budak kecik...Jamuan nasi makan kari kambing dengan ayam goreng kampung...

Moga Allah beri kesempatan lagi nak berjemaah mcm ni...




Monday, September 29, 2025

Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #1 (Oktober – Disember 2025)

Pada 20/9/2025 Cie lancarkan segmen pertama bloglist di blog Roziah Muhammad Nor. Segmen ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara blogger serta memeriahkan lagi dunia blogging kita. InsyaAllah, blog yang terpilih akan dimasukkan ke dalam bloglist sidebar Cie untuk tempoh Oktober – Disember 2025.

Sajer last minit baru nak join.....................

Segment bloglist blog roziah muhammad nor


Cara Nak Join Segmen Bloglist

  1. 1) Buat satu entri di blog anda dengan tajuk: Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #1 (Oktober – Disember 2025). - Done
  2. 2) Masukkan banner segmen dan backlink ke entri asal ini. - Done
  3. 3) Tinggalkan link penyertaan anda di ruang komen entri ini - Done
  4. 4) Wajib FOLLOW BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR. - Done


Tempoh Segmen

  • 😻Tarikh mula: 20 September 2025
  • 😻Tarikh tamat: 30 September 2025
Keputusan bloglist akan diumumkan pada 1 Oktober 2025 dan sekaligus blog akan dimasukkan di sidebar Bloglist Cie.



Pemilihan Bloglist

  • 👉Pemilihan 5 bloglist akan dibuat menggunakan Wheel of Name.
  • 👉5 pemenang akan dimasukkan dalam bloglist sidebar untuk tempoh 3 bulan (Oktober – Disember 2025).
  • 👉Setiap batch bloglist akan dibuat secara berkala (3 bulan sekali).
  • 👉Setiap batch bloglist akan dibuat secara berkala (3 bulan sekali).
Manfaat Segmen Bloglist

😍Bila buat segmen bloglist ni banyak faedah yang boleh kita dapat. Antaranya:

Untuk Pemilik Blog

  • 😻Menarik lebih banyak trafik ke blog.
  • 😻Dapat kenal blogger baru dan bina networking.
  • 😻Sidebar blog nampak aktif dan meriah.
  • 😻Dapat backlink daripada peserta: bagus untuk SEO.

Untuk Peserta

  • ☺Blog mereka tersenarai di sidebar Cie selama 3 bulan.
  • ☺Peluang tambah trafik dan pembaca baru.
  • ☺Dapat support dan kenalan blogger lain.
  • ☺Rasa lebih bersemangat untuk terus update blog.

Untuk Komuniti Blogger

  • ☺Memeriahkan suasana blogwalking.
  • ☺Menguatkan hubungan sesama blogger.
  • ☺Memberi ruang promosi sesama rakan blogger.


Jom Sertai Segmen Ini!

Jom sama-sama kita meriahkan dunia blogging dengan saling menyokong dan berkunjung ke blog masing-masing. Semoga segmen kecil ini dapat mengeratkan hubungan kita sebagai rakan blogger.

Sunday, September 28, 2025

Stok rempah wajib ada dekat dapur

 


3 Rempah ni saya selalu guna untuk masak.

Untuk memudahkan kerja saya akan kisar halus ketiga - tiga rempah ni...
Bila nak masak terus guna sahaja.

1) Jintan manis - 5 sudu besar

2) Jintan putih (nama jer putih tapi gelap) - 4 sudu besar , jintan putih kena kurangkan kuantiti sebab bau dia kurang best
3) Lada hitam - 3 sudu makan (nak lebih pun boleh)

Sangai (goreng tanpa minyak) semua rempah guna api kecil sampai bau wangi
Sejukkan, kisar halus
Pengisar saya x berapa nak halus, jadi saya tapis untuk dapat tekstur halus mulus.

3 rempah ni macam-mcam masakan boleh guna antaranya:-

1) Sup ikan tapi kena tambah rempah lain jugak tak perlu tumbuk campak jer rempah lain tu..selalunya kayu manis, bunga lawang, pelaga, lada putih

2) Masak kicap berempah - guna sikit jer rempah ni nak bagi naik bau, ada orang x suka bau rempah. Terpulang masing-masing...

3) Asam pedas - Melaka version x silap, saya guna rempah ni jugak tambah dalam asam pedas

4) Sup daging atau sup tulang - Lebih kurang sup ikan 

5) Perap ayam untuk goreng atau bakar

6) Rendang daging atau rendang ayam - ada tambahan rempah ketumbar

7) Sambal ayam atau ikan berempah

Ada rempah macam ni lebih mudah nak masak...
ada jer yang jual serbuk tapi suka yang buat sendiri, lagi wangi dan tahu kandungan dalam rempah tu..

Wednesday, September 17, 2025

Popia Goreng Simple

 Salam...Minggu ni minggu malas nak BW...belum meninggalkan jejak dimana-mana lagi..

Hari Isnin ada gather dekat rumah mak pak mertua...sambut birthday anak sedara yang duduk dekat Kelantan..cuti sekolah diorg balik rumah tok dengan wan...nak pergi mesti bawa buah tangan jugak kan...saya yg malas cari barang dlm gobok peti sejuk jumpa la kulit popia...maka terhasillah popia goreng...ni gambar belum goreng sahaja...lepas goreng x sempat nak ambil gambar...


Inti dalam simple sahaja..
Crab stick carik2 dengan carrot sagat tambah secukup rasa dengan white pepper

Popia sheet yg paling besar potong dua
Make sure menegak (H) dekat bawah, melintang (V) dekat atas. 
If terbalik akan ada dua garis lepas gulung nanti..

Guna method menggulung macam ni, mesti selalu nampak dekat TT or IG kan orang buat mcm ni...
Bila gulung guna method ni inti boleh letak banyak dan size semua sama.




If buat popia carbonara pun ok gulung mcm ni...
x der la pecah teruk sebab basah kan...

Popia ni saya bawa goreng dekat sana...
Ada juga bawa kek marble jelita..








Thursday, September 11, 2025

Sambal Goreng Jawa

Salam..




Semalam balik kerja gigih masak Sambal Goreng Jawa. Betul ker tak, tak tahu la main hentam saja. Bahan2 ikut apa yang ada dalam peti sejuk.

Lama dah teringin, yang nak makan pun saya sorang jer. Isi rumah tak dipandang lauk macam ni.

Bahan2 saya guna semalam:-

Kentang (goreng)

Tauhu Pok (tauhu biasa yellek) (goreng jugak bagi crunchy)

Tempe wajib (goreng)

Suhun - rendam dalam air

Fucuk - rendam dalam air

Isi Ayam

Cili Padi - Potong

Bawang merah - sebahagian hiris sebahagian tumbuk

Bawang putih - Hiris

Kicap

Sos Tiram

Cooking Caramel

Sos cili

Minyak

Panaskan minyak tumis bawang yang ditumbuk, dah kuning sikit masukkan bawang hiris dengan cili padi, bagi layu masukkan sos cili, kicap, sos tiram dengan cooking caramel. Masak sampai terbit minyak masukkan ayam sampai ayam masak...masukkan fucuk dan suhun...baru masukkan bahan2 yang lain...kacau sampai semua bersalut dengan sambal.. 

Ni resepi derhaka tau...orang jawa jangan marah sebab saya masak tak betul...



Kak Amie شكراً جزيلا

Salam

Alhamdulillah kali ke-2 terima kiriman dari Lahad Datu. Ucapan terima kasih tak terhingga buat K.Amie.

Hadiah dapat Teka Jumlah Buah Mangga Manila.

Kak Amie umumkan pemenang di sini


Smlm kotak ni sampai dekat office sebab budak courier tu kenal saya...jadi dia hantar terus ke office... boleh buka parcel dengan tenang..if buka dekat rumah kena bergaduh dengan 2 ketoi...


Tulis dekat shipment details tu tuppperware sahaja..buka dalam mcam2 ada...


Kotak keriangan betul...

Terima kasih buat kak Amie...semoga Allah permudahkan urusan k. Amie, diberikan kesihatan berpanjangan dan sentiasa dimurahkan rezeki.






Sunday, September 7, 2025

Mee Goreng

Salam...nak cerita mee goreng jer...tapi awas ada lagi benda nak cerita...

Selalunya kita nampak orang goreng mee pakai kicap pekat kan... nak bagi warna mee goreng menarik...tapi bila guna kicap pekat, letak banyak sikit akan ada rasa pahit...saya x igt dapat tips daripada mana..mcm pernah baca dekat blog siapa ntah...lama dah saya baca...halalkan ilmu yer siapa pernah share tu...


Kejadian mee goreng saya goreng semalam


Guna Karamel ni (ada cop halal)...elok kejadian mee goreng...warna mee goreng cantik..

Saya goreng mee untuk jamuan orang angkat barang pindah rumah pengasuh 2 ketoi...buat dalam 3 bungkus...banyak jugak dapatnya...

Pengasuh (mama) husbandnya dah meninggal tahun lepas...kena pindah rumah pulak tahun ni sebab owner rumah tu nak ambil rumah dia...jadi terpaksa cari rumah sewa baru....

Semalam 3 lori (lori tayar 6) jugak la angkut barang rumah dia..
Cuti 3 hari ni mmg manfaatkan tolong mama nak pindah...
Semalam hari penting pindah barang...banyaknya barang dia...
Sambil tu membebel jugak awat banyak sangat...segala benda dia simpan...

Dia mmg x sempat nak masak apa la untuk jamu orang..
Bukan mee goreng jer ada...
Saya tambah cucur sayur..sebab dalam cucur ni ada kucai, jagung, carrot dengan tauge..

Jiran depan rumah baru pun ada bagi sandwich dengan kuih kasui..
Meriah semalam...ramai yang tolong...
Gambar mmg x der...penat x tau nak cakap...


Tauge saya beli dekat econsave harga dekat price tag tu, beza dengan tauge saya beli dekat pasar (orang Kedah kata Market), marah husband saya bila saya sebut pasar..
Tauge beli dekat pasar tu 50 sen alahai secoet...
nampak x perbezaan bila membeli sayur di pasar dengan pasaraya
Sayur selalunya saya akan beli di pasaraya sebab kuantiti lebih banyak dan harga pun boleh congak..
sebab price tag mmg ada dimana2..kalo mahal x yah beli
Beli dekat pasar mmg x boleh congak la...bayar sahaja dengan total yang telah ditetapkan..
Ntah smlm kenapa ntah tersebut nak beli tauge tu dekat pasar.. 





Wednesday, September 3, 2025

Start your day with Egg

Salam...

Saya pernah jumpa doktor, dah lama rasanya 3 tahun lepas...dia pernah pesan...pagi2 bangun kalo lapar jangan terus ambil heavy breakfast. Ambil 2 biji telur, x kisahlah telur separuh masak ker or masak full ker...Janji makan telur...kalo dh gigil sangat pkl 11 lebih baru ambik makanan berat..

Tu kata2 doktor 3 tahun lepas...tapi saya baru mula buat tahun ni..few months jugak la...mmg x lapar...tapi saya x makan macam tu jer...muak la nak makan hari2 telur kan...makan dengan sambal...sikit jer...kadang2 top up sayur sikit..

Nak makan telur sepanjang hari pun boleh, ramai jer buat egg diet ni...tapi bukan saya la nak makan telur sepanjang hari tu...


X comel telur saya kupas hari ni

Dah kupas sikit baru nak ambil gambar

2 eggs every morning

AI overview
Eating two eggs each morning can offer health benefits, such as increased feelings of fullness, better mood, improved cognitive function, and support for eye and hair health, due to eggs' high protein, nutrient, and antioxidant content.

Atlet2 pun makan telur kan as thier diet..Banyak content pasal egg diet ni..pandai2 la google yer..

Ada satu content tu dia tunjuk the real food is an egg. 

Dalam telur x ada full of vitamins and mineral but dia yang melengkapkan diet makanan kita seharian..

Tuesday, September 2, 2025

Cuti Merdeka....Cuti 3 hari rasa macam x cuti...

Salam...Hari sabtu bangun pagi santai2 jer, sebab fikir ada extra lagi cuti 1 hari...Dalam santai2 tu termasak juga la nasi lemak and the geng, buat kek (request from ank2), kemas mainan ank2 masuk dlm plastik sampah, container isi mainan diorg nak bagi pinjam mama pengasuh sebab nak pindah rumah...petang pergi Lotus nak beli barang basah sikit...takut 31st ramai org...

The next day morning  31st August igt nak santai jugak, tapi pagi2 dah masak siap2 supaya yg bangun pagi nnt boleh makan terus...kita pun boleh buat kerja lain dengan tenang..Tenang tu sampai pkl 10.00 pagi...tiba2 Tok Peah call sepupu dia, tanya keadaan sepupu dia yang kata sakit dekat Hospital...Khabar duka, sepupu dia meninggal... 

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Tok Peah pun x berapa sihat...jadi saya husband kena pergi wakil Tok Peah...Pkl 11.30 pagi dari rumah sampai Masjid Bagan Serai pkl 12.00 lebih...Alhamdulillah jalan lancar..Selesai solat jenazah kami pun gerak balik sebab husband ada kenduri dekat Pinang Tunggal...

Masjid Bagan Serai

X sampai 5 minit dia boleh duduk mcm ni...lepas tu jenuh kejar dia lari...last2 bawa dia masuk kereta..x larat nak berlari dengan dia...

Ada screen info solat jenazah

Ruang solat lelaki, jenazah ada depan tu...masa ni nak buat tahlil

Waktu balik ada jugak tempat2 yang heavy traffic...but husband saya bawa kereta mmg boleh gugur jantung..saya dekat sebelah yang mengantuk mmg x boleh tido...kena jadi co pilot alert bahaya dekat tepi dengan depan..

Manage sampai kenduri almost pkl 4..best datang kenduri petang ni...sebab tenang jer makan...x ada la orang ddk tepi meja...tggu kita makan...nak makan pun x selesa...makanan pun banyak lagi...


Waktu tengah diorg baik

Laksa sedap...not sure laksa utara atau laksa asam

Rojak

Air balang, meriah kan walaupun dh pkl 4 petang..


Nasi and lauk sedap sangat....kerabu tauge tu walaupun hanya tauge tapi sedap krup krap makan.

Sampai rumah sinsing lengan masak maggi goreng nak bawa pergi warung pak jabit depan rumah jiran, sebab ada buat bakar2...x kan kita nk dtg tangan kosong..jiran bakar ayam and sosej..bihun goreng, laksa siam..Signature dia bila ada function makan2...dia mmg org siam...makan2 ni buat untuk jiran2 yang tolong dia waktu kenduri hari tu.


Diorg buat kelapa bakar, lelaki jer minum...diorg x offer dekat org perempuan pun...

Makanan petang 31 Ogos...sebelah tu ada bihun goreng dengan ayam bakar

Pergi sana bukan nak makan, sebab dah kenyang makan kenduri...just nak meraikan. Boleh pulak diorg plan makan nasi petang dekat Warung Pak Jabit tu next day..lauk potluck...kepala ligat nak buat apa..balik dari situ terus ke Econsave beli ayam..igtkan org ramai redeem Mykasih...depan pintu dia dah letak nota MyKasih offline...pak guard pun function inform setiap org nak masuk econsave kata Mykasih offline..

Balik rumah selesaikan apa yang patut lepas tu basuh ayam..kain dalam bakul lalu tepi dia agaknya dia menjerit-jerit kata bila nak lipat aku...pejam mata jer lalu tepi 2 bakul kain tu...

Pagi settlekan masak ayam masak kicap, petang bawa g warung pak jabit...sampai sana lauk dh sampai. Nasi belum masak...Ifwat  dah lapar...cakap dekat dia kita balik solat dulu and pergi mengaji...lepas tu baru pergi sana balik...saya pergi semula ke sana nasi x sampai2 lagi...tggu dlm 5 minit baru nasi sampai..hai la...org yg kata nak masak nasi tu terlelap...

Nasi sampai jer, terus serbu nak makan...lapar dah kitaorg menunggu


Warung comel


Menu gulai nangka, daging masak belengas, ayam kicap, sayur kailan, telur dadar, ikan masin, kerabu pelam, ulam2, sambal belacan, bihun goreng, and bubur kacang hijau.

Sorang sikit bawa...jadi banyak

...balik rumah misi nak lipat kain...

Makan gulai nangka dengan bubur kacang hijau mmg kawan dia, malam tu perut dengan badan berangin...x tentu arah...suruh Ifwat urut...cakap dekat dia boleh buka spa ni...Spa tu apa mummy?...kena la pulak explain...

3 hari cuti tapi penuh aktiviti...kena jugak bermasyarakat...nnt org kata kita sombong...




Monday, September 1, 2025

Terima Kasih Cik Notie

Salam...Kagum dengan orang yang ada BIG HEART bila memberi...Moga saham akhirat ni mendapat ganjaran berlipat kali ganda. 


Cantik Telekung ni...


Yesterday saya dah terima parcel from courier, 

Terima kasih daun keladi, ada giveaway baru, saya join lagi..hehe

Saturday, August 30, 2025

Selamat Hari Merdeka 68


Salam...Selamat Hari Merdeka yang ke -68.

Jarang saya nak buat ucapan begini (not into the scene).

Semakin hari semakin nampak penaklukan secara halus 
yang mungkin boleh tergadai Merdeka kita. 

Moga kita terus kuat.

Malaysia sentiasa MERDEKA

Sehingga anak-anak dan cucu cicit kita. Aminnn...
 

Sunday, August 24, 2025

GiveAway mencari saham akhirat

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Wsalam...


Sajer cuba jer tau...sebab nampak post hari Ahad GIVEAWAY MENCARI SAHAM AKHIRAT - BLOGGER NOTIE...confirm ramai dh join...limited pulak tu...

Hah berjumpa semula ya dengan acara give away. Setelah mendapat sambutan semasa Giveaway sempena birthday rasa seronok pulak dapat berbagi-bagi rezeki dengan kalian semua. Jadi kali ni tiba-tiba terdetik pulak nak mencari saham akhirat. Semuga hadiah ini  dapat menjadi bekalan aku di sana nanti apa bila kalian semua mengunakannya nanti. 

Moga dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda...

Masa sedang mencari barangan apa yang sesuai tiba-tiba teringat di Wafiy Collection juga ada menjual telekung. Dan kebetulan pulak Mem besar Yatie Sulaiman pi vietnam mencari koleksi kain baru dan telekung dari Vietnam. Hah ni kiranya sapa yang dapat fresh dari vietnam ye.

Alhamdulillah sebab kongsi rezeki

Ok tak payah tunggu lama kita mulakan acara.

Syarat-syaratnya adalah jeng jeng jeng. Tak susah lah kalau nak join.


1. Buat entry dengan gambar diatas dan letak link pada komen. 

2. Macam biasa aku buat pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat.

3. Sesuai untuk yang beragama Islam sahaja ye terutamanya perempuan. Kalau lelaki boleh join juga tapi aku bagi hadian lain lah yang bersesuaian. Jadi orang perempuan dapat banyak tau.


Hah apa lagi pat pat siku lipat cepat la join. Jom semua join