Thursday, November 28, 2024

Keledek Sagat Rangup

 Salam Jumaat Barakoh...

Tajuk bukan main, tapi serius sedap...





Saya suka mencuba...mula2 tu ada kakak ni dia bagi saya merasa seakan-akan mcm keledek sagat yg saya buat ni la...bila dah rasa x berhenti makan..sedapnya..so nak beli jauh..kita ni cuba2 la buat...waktu tu bulan puasa..nak rasa waktu buat tu x boleh...so x berapa sampai rasanya tu...

Baru2 ni dia bagi lagi mcm dlm gambar tu..tapi version kering...ada mcm2 ...kentang, ikan bilis dengan kacang...sedap...pedas...bulan puasa kalo makan dengan moi (org kedah kata) boleh terangkat...satu bekas RM5.00 comel jer...tapi berbaloi daripada nak buat...

tu ada no phone kalo nak beli...



Berbalik pada Keledek sagat rangup tu senang jer nak buat, sagat keledek halus2..penyagat boleh beli dekat shopee mcm ni.


lepas sagat goreng keledek sampai kuning, guna keledek kuning tau, kalo keledek putih banyak kanji, bila goreng dia jadi bergumpal mcm cakar ayam tu... bawang goreng, goreng kacang, goreng ikan bilis (saya x tambah ikan bilis sebab mak x makan) lepas tu buat sambal dia. Sambal tu guna cili padi hijau (nak pedas guna banyak), bawang putih, sos tiram, kicap dengan gula melaka. Masak sambal tu sampai betul2 berlinang minyak dia (minyak yang terbit tu, cedok sebab x nak berminyak sangat), x ada air, guna api sederhana. Sejukkan sambal tu baru gaul dengan bahan2 kering...sambal tu mcm ada berketul2 sikit, tapi rasa dia sampai...buat sebalang jer..esok dah licin...

Version sambal kentang bilis ibu tu pun pernah buat..macam tu kering tapi banyak juga proses dia, proses tu makan masa...makannya cepat ajer...








Friday, November 22, 2024

Saya Pilih Peace of Mind

     Sabtu Ahad hari cuti tapi mcm2 kerja kena settlekan within 2 days, ada anak kecil yang perlukan perhatian, ank yg bersekolah perlukan masa untuk check kerja sekolah, bilik air perlu di cuci, eh mcm2 lagi la...satu jer saya kurangkan dalam list kerja 2 hari tu...MEMASAK... Sebabnya saya perlukan badan yang sihat dan juga kepala yang tenang. Kalo tambah dlm list kerja dua hari tu, serabut kepala...Tapi kan memasak tu theraphy sebenarnya untuk saya, bila ada anak kecik payah nak fokus. Memasak tu mudah tapi bila nak mengemas tu perlukan masa.

    Last 3 weeks jumpa doctor review IUCD blood pressure tinggi 149/91. Kepala memang sakit pun waktu ni. Doctor kata saya kena bagi awak ubat darah tinggi dah ni, x per Puan kita kena ambil langkah berjaga - jaga. Saya sebagai patient menurut perintah. Bermula 3/11/2024 start makan ubat darah tinggi...lagi 4 bulan kena buat check up lain. Soal kesihatan jangan take for granted, ambil nasihat pada yang pakar. Klinik Kesihatan awam bayar seringgit jer, manfaatkan tax yang kita bayar.

Suami kita pun selalu dengar kita stress, dia pun g la beli benda ni dekat shopee, ntah la berfungsi ke x?



Nanti kalo rajin kita cuba.




KAWAN DAN MUSUH


Dawai kokot ni kawan dan musuh saya, bila dekat pejabat dia habis jer mula gelisah nak mencari pengganti untuk klip pada kertas. Tapi bila dia bersepah atas lantai terutama carpet, tepi machine photostat, atas meja tu musuh saya. Kurang gemar orang Perak kata, sakit mata dan yang paling utama kalo kena kaki boleh rasa nak lempang orang yang buang merata - rata tu.

Setakat ni pernah 2...3 kali kena kat kaki, bahaya tau untuk mereka yang ada diabetes, kerana luka kecil terkena dawai kokot tu boleh potong kaki woo...beringat ok...nak nasihat.

 

Gunung Jerai

Sempena tahun melawat Kedah 2025, kita bawa tourist (Family Adik) pergi melawat Gunung Jerai...Sebelum datang hari tu ada dia sebut2 nak per...