!-- nuffnang -->

Wednesday, May 29, 2013

Amalan Pemakanan......... Merawat Penyakit GOUT.


Baru lepas telefon mak...
Mak kalo ada sakit apa2 mesti terus kctu...
"Mak sakit gout, baru jer balik klinik..."
"mak x makan apa2 kot?...confident jer tanya..."
"mak makan sotong..."
"nak kena mak ni!!!..."bukan marah tapi sayang...
alahai buat kita susah hati...anaknya kalo ada kemusyikilan mesti terus google..nak cari penawar..saya jumpa artikel ni...mungkin boleh jadi panduan untuk semua..termasuk saya k.......

Berikut adalah panduan bagi mencegah daripada terkena penyakit gout..InsyaAllah.

Elakkan atau kurangkan makanan atau amalan berikut:

Hati lembu ...antara pantang pesakit gout (pantang jumpa)


1.       Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram.
2.       Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
3.       Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
4.       Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb
5.       Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb
6.       Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza.
7.       Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
8.       Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
9.       Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
10.   Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
11.   Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
12.   Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
13.   Elakkan tembikai dan tembikai susu
14.   Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
15.   Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
16.   Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
17.   Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
18.   Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
19.   Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
20.   Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
21.   Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
22.   Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
23.   Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
24.   Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
25.   Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
26.   Elakkan jering, petai dan kerdas
27.   Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.
28.   Elakkan menonton bahan pornografi
29.   Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
30.   Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
31.   Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
32.   Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
33.   Elakkan sayuran jeruk
34.   Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
35.   Elakkan makan telur masin
36.   Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
37.   Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England (www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp)
38.   Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
39.   Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
40.   Kurangkan makanan bersantan
41.   Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:


ulam raja  antara ulaman yang perlu diamalkan
 
1.       Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing
2.       Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
3.       Makan peria dan peria katak
4.       Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
5.       Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
6.       Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan
7.       Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
8.       Buah Delima
9.       Epal hijau 2 biji seminggu
10.   Burung seperti burung puyuh dan merpati
11.   Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
12.   Garam kasar menggantikan garam halus
13.   Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
14.   Makan lebih banyak sayur-sayuran
15.   Makan kapsul HABBATUSSAUDA


Sebenarnya penyakit gout ini adalah rahmat dari Ilahi. Orang yang sihat memanjang sampai tua selalunya susah untuk mengingati Allah. Penyakit ini mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah. Gout macam rambut yang bertukar menjadi putih sebagai amaran dari Allah bahawasanya kita makhluk Allah akan dipanggil mengadapNya dan masanya sudah semakin hampir.

Sekian wassalam
wallahua'lam

Mohon share pada pemilik blog di bawah:-

No comments:

Post a Comment